• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Pendatang Bawah 5 Tahun Disatukan – AS

oleh Ahmad Albab
13/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Semua anak pendatang berusia bawah lima tahun yang terpisah di sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico akan disatukan semula dengan ibu bapa menjelang pagi Khamis, kata seorang pegawai pentadbiran Presiden Donald Trump dalam kenyataan semalam.

Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) yang menyaman kerajaan berhubung dasar pemisahan itu mempertikaikan dakwaan pentadbiran Trump.

“Kenyataan mereka agak meragukan. Kami tahu mereka terlepas tarikh akhir,” kata peguam Lee Gelernt, menjelaskan seorang hakim San Diego menetapkan tarikh akhir Selasa lalu untuk menyatukan kanak-kanak terbabit.

Kerajaan berkata, sesetengah kanak-kanak tidak dapat disatukan kerana ibu bapa mereka dihantar pulang, memiliki rekod jenayah atau tidak layak.

Hakim AS, Dana Sabraw di San Diego, mengarahkan kerajaan menyatukan semula kanak-kanak di bawah usia lima tahun Selasa lalu dan semua kanak-kanak terpisah menjelang 26 Julai ini.

Kerajaan akan memberi Sabraw satu laporan perkembangan berkaitan kanak-kanak lebih muda dan jika ia dapat memenuhi tarikh akhir untuk kumpulan lebih matang hari ini.

Kerajaan AS berkata, kira-kira 2,300 kanak-kanak terpisah daripada ibu bapa mereka di sempadan, mengikut dasar ‘toleransi sifar’ pentadbiran Trump berkaitan pendatang haram, yang dimansuhkan Jun lalu selepas bantahan besar-besaran.

Gelernt berkata, kerajaan AS malah tidak hampir untuk menyatukan kesemua kanak-kanak bawah usia lima tahun dengan ibu bapa mereka, termasuk 12 dewasa yang dihantar pulang tanpa anak mereka.

Katanya, kerajaan tidak memaklumkan beliau berapa ramai kanak-kanak sudah disatukan dengan ibu bapa mereka.

“Saya bertanya kepada kerajaan mengenai jumlah dan mereka sepatutnya memaklumkan saya sekarang,” katanya kepada Reuters.

Angka terbaharu dikeluarkan kerajaan adalah awal Selasa lalu apabila pegawai berkata, empat kanak-kanak bawah lima tahun disatukan dan sekurang-kurangnya 34 lagi akan bersama ibu bapa mereka lewat hari itu.

Jika kerajaan gagal menyatukan kesemua kanak-kanak bawah lima tahun dengan ibu bapa mereka menjelang Khamis, Sabraw meminta ACLU mencadangkan penalti mungkin dikenakan terhadap kerajaan. – Reuters/BH ONLINE

*Video sekadar hiasan…

Tags: Amerika Syarikatpendatang haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd