• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amal Konsep Tabayyun Sebelum Sebar Maklumat

oleh
27/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengguna media sosial terutama yang beragama Islam diingatkan berpegang kepada prinsip Tabayyun iaitu memeriksa sesuatu maklumat yang diterima secara teliti sebelum menyebarkannya di laman media sosial.

Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata ketika kempen sedang giat dilaksanakan, banyak maklumat dikongsi oleh pengguna media sosial sehingga tular, namun pada akhirnya maklumat itu didapati bukan sahaja palsu malah mengelirukan.

“Pengguna media sosial terutama beragama Islam perlu berpegang kepada budaya Tabayyun dengan menyemak sesuatu maklumat yang diterima sama ada benar, sahih ataupun tidak.

“Jangan apa sahaja yang melintas semua ditelan,” katanya dalam sidang media pada hari ketujuh kempen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan sebuah video berdurasi 15 saat di media sosial, yang memaparkan beberapa wanita menari dengan mendedahkan aurat sewaktu majlis kutipan dana Tabung Harapan pada Rabu lepas.

​​​​​​​Acara yang dipercayai dianjurkan di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Shah Alam itu dikaitkan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Mohd Zawawi menepis dakwaan sesetengah pihak kononnya program kutipan Tabung Harapan dianjurkan oleh kerajaan PH ataupun parti komponen PH.

“Kami menolak budaya yang cuba dibawa oleh pihak tertentu ini. Saya tidak setuju dan menegur penganjur supaya lebih sensitif dengan nilai-nilai budaya Melayu dan Islam,” katanya.

Susulan penyebaran video itu, netizen termasuk calon BN, Datuk Lokman Noor Adam sendiri mengecam pihak kerajaan yang didakwa mencemari majlis kutipan derma dengan tarian yang mengghairahkan.

Mengenai penyebaran gambar grafik yang mendakwa beliau menyokong program berkenaan, Mohd Zawawi turut menepis dakwaan itu dan berharap agar semua pihak dapat mengamalkan budaya politik sihat serta bersih.

PRK DUN Sungai Kandis adalah PRK pertama selepas pilihan raya umum ke-14, 9 Mei lepas, yang akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Pada PRK 4 Ogos nanti, selain Lokman, Mohd Zawawi turut ditentang calon Bebas, K. Murthy. – BERNAMA

Tags: PRK Sungai KandisZawawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Sg. Kandis Bukti Rakyat Tolak Isu Agama?

06/08/2018
0

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mengucapkan tahniah kepada pengundi di Sungai Kandis kerana memberi kemenangan kepada Pakatan...

Kemenangan PRK Sungai Kandis Bukti Rakyat Percayakan PH

05/08/2018
0

ALOR SETAR - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd