• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktivis PH Gesa Mansuh Sistem Beraja

oleh
10/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEGUAM dan aktivis Pakatan Harapan (PH) mendakwa sistem Raja Berperlembagaan tidak lagi relevan dalam institusi demokrasi negara berikutan kewujudan monarki dianggap ketinggalan zaman di kebanyakan negara di dunia.

Fadiah Nadwa Fikri berkata demikian mengulas sekeping gambar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membongkok sambil mencium tangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar di kala Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai hubungan tegang dengan institusi diraja.

“Memandangkan wujudnya hubungan tegang antara perdana menteri sekarang dengan monarki, tidak menghairankan mengapa yang dikatakan bakal perdana menteri melakukan sedemikian.

“Apa yang meresahkan tentang perlakuan yang diabadikan gambar itu adalah budaya feudal tidak boleh dipertahankan dan implikasi besar disampainya,” katanya dipetik kolum portal Malaysia Muda bertajuk ‘Jangan Engkau Cium Tangan Yang Memukulmu‘.

Katanya, walaupun sistem Raja Berperlembagaan dihujahkan sekadar “perhiasaan perlembagaan yang neutral”, ianya tidak lagi boleh diterima, dipertahan dan diwajarkan berikutan realitinya adalah sebaliknya.

Hujah Fadiah, ia ditunjukkan ketika pra-PRU14 lalu apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah untuk tidak menjatuhkan kerajaan pada ketika itu yang bertentangan dengan apa yang dimahukan rakyat.

“Meletakkan satu kelas manusia lebih tinggi daripada manusia lain hanya kerana mereka dilahirkan di kalangan golongan bangsawan adalah satu pemikiran yang memualkan – satu permikiran yang bertentangan dengan nilai kebebasan dan martabat insani.”

Ujarnya, di kala rakyat sudah bangkit merampas kuasa daripada parti memerintah negara selama 61 tahun, sistem monarki yang disamakan Fadiah dengan konsep perhambaan ini tidak lagi boleh diteruskan.

Tegasnya, golongan diraja diberikan layanan dan dipuja persis tuhan sedangkan darahnya sama merah sepertmana darah rakyat yang diarahkan untuk patuh.

“Mengapa golongan yang darahnya merah, semerah darah mereka yang dipaksakan kepatuhan kepada golongan itu mempunyai hak keistimewaan tersendiri?

“Mengapa golongan yang memerah hasil keringat mereka yang bersusah payah berjuang untuk terus hidup dan cari kehidupan yang manusiawi perlu diberi layanan dan pemujaan persis tuhan?

“Mengapa golongan yang dikurniakan secara mutlak mengikut budi bicara sendirinya kuasa besar dan kekayaan yang dirampas daripada mereka yang diperhambakan, kebal daripada kepertanggunjawaban?” soalnya.

Fadiah merupakan peguam hak asasi manusia juga merupakan pelopor gerakan Malaysia Muda. – MalaysianDigest

Tags: Institusi DemokrasiRaja Berpelembagaansultan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama...

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kuasa raja mungkin sedikit berbeza antara negeri, namun secara umumnya kuasa tersebut terhad kepada perkara-perkara tertentu, dakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd