Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

15 Ogos Bicara Kes...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan dua hari bermula 15 Ogos...

Angka Kematian Denggi Meningkat...

SAO PAULO - Kes demam denggi meningkat di sini dengan angka kematian kini...

Amri Yahyah Terima Cincin...

JOHOR BAHRU - Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang kini beraksi dengan...

‘Beri Peluang Kepada Kami...

KUALA LUMPUR : Kepimpinan UMNO perlu diberi peluang sekali lagi untuk memulihkan parti...

6 Suspek Ejen Judi Piala Dunia 2018 Ditahan

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan dipercayai ejen perjudian tanpa lesen bola sepak Piala Dunia 2018 sepanjang Op Soga 7, sejak 14 Jun lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata kesemua enam suspek berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun itu diberkas menerusi empat serbuan di sekitar Kuala Terengganu.

“Polis merampas wang tunai RM3,275 dan enam telefon bimbit pelbagai jenama yang digunakan untuk kegiatan itu.

“Siasatan awal mendapati nilai had pertaruhan ialah antara RM1,500 hingga RM5,000 sahaja kerana mereka tidak mengambil wang tunai, sebaliknya semua urusan dilakukan secara transaksi dalam talian,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi 2017 kepada 292 pegawai polis Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori