• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Kontraktor Ditahan Tuntutan Palsu Lebih RM400,000

oleh Ahmad Albab
17/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan lima kontraktor bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu berjumlah melebihi RM400,000, malam tadi.

Menurut sumber SPRM, kesemua kontraktor lelaki berumur lingkungan 30-an hingga 50-an daripada syarikat berasingan itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 10 malam.

Hasil siasatan mendapati kesemua kontraktor itu membuat tuntutan palsu berkaitan kerja penganjuran Program Karnival Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Keusahawanan bagi daerah Segamat, Mersing, Muar, Kluang, Tangkak dan Kulai serta Program Minggu PKS (Program Kecil dan Sederhana) Kebangsaan Peringkat Negeri Johor, sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan.

Katanya siasatan masih diteruskan bagi mengesan dan membuktikan penjawat awam yang terlibat di sebalik tuntutan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, iaitu boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kesemua suspek akan dibawa ke mahkamah, di sini, hari ini bagi permohonan reman. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kontraktorTuntutan Palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

Bumbung KLIA Bocor: Kontraktor Perlu Bertanggungjawab – Loke

Bumbung KLIA Bocor: Kontraktor Perlu Bertanggungjawab – Loke

17/11/2025
0

Kuala Lumpur: Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sudah diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd