• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Pengawal Keselamatan MCKIP Cedera Diserang

oleh Cj Mnh
12/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Empat pengawal keselamatan warga China di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) Gebeng di sini, cedera selepas diserang lebih 50 individu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kejadian yang berlaku pada pukul 10 malam di Pintu 1 MCKIP dipercayai berpunca daripada mesej tidak benar yang tular di media sosial pada 10 Julai lalu.

Katanya, mesej itu mendakwa berlaku kejadian di mana seorang pemandu lori warga tempatan maut dipukul oleh pegawal keselamatan MCKIP yang dipercayai menimbulkan perasaan tidak puas hati mereka yang terlibat dalam kejadian itu.

“Kumpulan lelaki terbabit didakwa berkumpul di hadapan pos pengawal dan bertindak membaling objek, memecahkan cermin, mematahkan palang dan merosakkan meja serta kerusi yang ada di situ.

“Perbuatan itu menyebabkan empat pengawal cedera termasuk seorang mangsa yang berusia 28 tahun patah kaki kerana dipercayai dipukul dengan objek keras,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, hari ini.

Mohamad Noor menambah kejadian itu dileraikan pasukan polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

Katanya, pengawal keselamatan yang patah kaki itu sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini, manakala tiga lagi mangsa menerima rawatan pesakit luar.

Mohamad Noor mengesahkan setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan pihaknya telah mengambil keterangan pengawal keselamatan serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta Multimedia kerana menyebarkan berita tidak benar.

Beliau juga menyifatkan tindakan menyebarkan maklumat tidak benar itu sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab. – BERNAMA

Tags: dipukulpengawal keselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

19/12/2024
0

KUALA TERENGGANU: Saling tuduh menuduh dipercayai antara punca seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, dipukul secara bergilir-gilir oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd