• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Maut, Empat Cedera Dalam Kemalangan

oleh Ahmad Albab
14/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat orang maut, seorang cedera parah manakala tiga yang lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan termasuk sebuah treler di Km 446 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melibatkan kedua-dua arah tengah hari tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan maut yang mengorbankan dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki itu pada 12.02 tengah hari.

“Tiga pasukan dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Rawang dan Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan bagi kerja-kerja menyelamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila treler yang menghala ke arah utara terbabas sebelum memasuki lorong bertentangan ke arah selatan lalu melanggar kenderaan di laluan berkenaan.

“Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan jalan sepanjang 20 kilometer,” katanya.

Katanya kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shari’at berkata siasatan awal mendapati treler berkenaan sedang dalam perjalanan dari ibu negara menghala ke utara terlanggar sebuah kereta sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan tiga kenderaan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Kemalangan menyebabkan laluan sesak di kedua-dua arah…pengguna jalan raya diminta bersabar dan memilih laluan lain bagi mengelak kesesakan,” katanya.

Setakat ini, aliran trafik di kedua-dua arah bergerak perlahan dengan dikawal anggota trafik. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautLebuhraya PLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

Wanita Maut, Dua Cedera Kemalangan Tiga Kenderaan

Wanita Maut, Dua Cedera Kemalangan Tiga Kenderaan

17/02/2026
0

Rawang: Seorang wanita maut manakala dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 443.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd