• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

34 Peserta Sertai Kejohanan Rali Antarabangsa Johor 2018

oleh
20/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kejohanan Rali Antarabangsa Johor 2018 (IRJ) membuka tirai hari ini dengan meenyaksikan penyertaan 34 pelumba dari Jepun, Indonesia, India, New Zealand dan Malaysia.

IRJ merupakan kejohanan rali di bawah Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) yang mana Johor diberi kepercayaan dan penghormatan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) tahun ini untuk menjadi salah satu daripada enam tuan rumah pertandingan.

Negara lain yang turut terlibat adalah New Zealand (4 Mei-6 Mei), Australia (1 Jun – 3 Jun), Johor, Malaysia (20 Julai – 22 Julai), Jepun (14 September – 16 September), China (20 Oktober – 22 Oktober) dan India (30 November – 2 Disember).

Majlis pelepasan peserta hari ini dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung di Padang D, Angsana Johor Bahru Mall, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Tourism Johor Abdul Malik Ismail, Pengerusi IRJ Datin Paduka Raja Nor Mazli Tun Raja Mohar dan Pengarah Wheel Sport Management Datuk Paduka Tengku Shaharin Abu Bakar Tengku Sulaiman.

IRJ merupakan acara tahunan anjuran kerajaan Johor melalui Tourism Johor dan Wheel Sport Management Sdn Bhd yang bertujuan mempromosikan Johor dalam sukan permotoran secara lebih berkesan.

Seperti tahun sebelumnya, perlumbaan turut berlangsung di Ladang Tai Tak, Kota Tinggi yang melibatkan keseluruhan jarak 563 kilometer.

Majlis penamat akan diadakan pada 3.30 petang, Ahad ini, di Padang D, Angsana Johor Bahru Mall, di sini, manakala penyampaian hadiah pada 7.30 malam, hari sama, di sebuah hotel, di sini. – BERNAMA

Tags: Rali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd