• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Diburu Kes Penipuan RM4.4 Juta

oleh Cj Mnh
25/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu sedang menjejaki tiga lelaki dipercayai mendalangi penipuan pelaburan pencairan dana asing yang tidak wujud membabitkan kerugian sebanyak RM4.4 juta.

Aktiviti penipuan dipercayai didalangi suspek bernama Radzuan Othman @ Deraman, 38, beralamat di Lot Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit dekat sini terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu menerima empat laporan daripada mangsa di tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Dua lagi yang kini sedang menjadi buruan polis adalah Shoib Moin, 61, beralamat di Pangsapuri Tanjong Merdeka Villa, Ampang, Selangor dan Yahaya Yahir atau dikenali sebagai Ustaz Yahaya, 54, dari Kampung Sungai Ular, Kuantan, Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan Mohd Rawi Ab Ghani, berkata pihaknya mula menerima laporan berhubung penipuan pada 2012 membabitkan kerugian kepada mangsa di Chukai, Kemaman sebanyak RM200,000 sebelum dikesan menipu seorang mangsa di Kuala Terengganu dengan mengaut keuntungan sebanyak RM900,000, dua tahun kemudian.

Katanya, kumpulan itu dikatakan semakin agresif apabila dikesan mengaut keuntungan berlipat ganda iaitu sebanyak RM2 juta pada 2016 di Paka, Dungun dan RM1.3 juta pada tahun lalu, sekali lagi di daerah ini.

“Berdasarkan siasatan, modus operandi ketiga-tiga suspek terbabit adalah dengan menghubungi atau mendatangi mangsa yang dikenali mereka sebelum menceritakan perolehan berskala besar membabitkan keuntungan terhadap pelaburan yang sebenarnya tidak wujud.

“Mangsa yang terpengaruh kemudiannya diarahkan untuk memasukkan wang ke akaun suspek secara berperingkat namun tiada keuntungan diperoleh sehingga ke hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya suspek masih berada dalam negara berikutan mereka sudah disenarai hitam daripada meninggalkan negara ini.

Justeru, Rawi berkata pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kedudukan suspek terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan sekali gus mengelak lebih ramai yang menjadi mangsa. – BH Online

Tags: kes tipu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hasrat Buka Bisnes Lebur Ditipu Firma Kewangan ‘Hantu’

25/12/2018
0

KUANTAN - Hasrat seorang pengasuh untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kesampaian apabila diperdayakan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud. Ketua...

Peguam Rugi Lebih RM100K Ditawar Pakej Percutian Tidak Wujud

22/12/2018
0

KUANTAN - Seorang peguam wanita mengalami kerugian RM107,500 selepas diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan pakej percutian yang tidak wujud...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd