• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

250 Penyair Berkampung Sempena KONPEN 2018

oleh Cj Mnh
21/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Seramai 250 penyair dari 12 negara termasuk Itali dan Korea Selatan berkampung selama tiga hari di Kampung Chap, di sini sempena Konvokesyen Penyair Dunia (KONPEN) 2018.

Perhimpunan yang julung kali diadakan itu dianjurkan Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR) bermula semalam dengan menampilkan sosok popular dunia penyairan seperti Sri Diah, Ladin Nuawi, Wacana Minda,Norazimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Selain itu, turut terbabit penyair popular luar negara seperti Dr Chong Ah Fok (Brunei), Dr Suraiya Chapakiya (Thailand), Dr Sulaiman Juned (Indonesia) dan Stefano Romano (Itali).

Penaung PENYAIR, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, tujuan program itu diadakan bagi menghidupkan kembali dunia penyair, khususnya kepada generasi anak muda.

Katanya, mereka tidak menyangka menerima sambutan luar biasa apabila lebih 200 penyair, termasuk dari rumpun negara jiran seperti Indonesia,Thailand, Singapura dan Brunei mengambil bahagian.

“Kita berhasrat program ini dijadikan acara tahunan dalam melestarikan kegemilangan puisi melayu yang turut mendapat sambutan hebat penyair antarabangsa,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Antologi Puisi Wangian Kembang dan Direktori 100 Penyair Malaysia sempena KONPEN 2018.

Turut hadir, Presiden PENYAIR Malaysia, Dr A Rahim Abdullah dan Pengarah KONPEN 2018, Datuk Dr Mohd Radzuan Ibrahim.

Bagi antologi Wangian Kembang, seramai 245 penyair menyumbang sajak masing-masing yang diselenggara Ketua Editor Datuk Rahman Shaari dibantu penyelenggara Norazimah Abu Bakar, Wanrazuhar,Wacana Minda,Usman Gumanti Ibrahim dan Ladin Nuawi.

Sepanjang program berlangsung pula, penyair disajikan dengan persembahan kebudayaan Kelantan seperti wayang kulit, dikir barat, selain bacaan sajak dan bicara penyair. – BH Online

Tags: penyairPerhimpunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd