• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

201 Kes HFMD Dicatat Di N.Sembilan Minggu Lepas

oleh
24/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebanyak 201 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dicatat di Negeri Sembilan untuk tempoh 15 hingga 22 Julai lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata daripada jumlah itu, daerah Seremban mencatat 141 kes, Jempol (15), Port Dickson (14), Kuala Pilah (14), Rembau (9), Tampin (5) dan Jelebu tiga kes.

“Terdapat peningkatan bilangan kes penyakit HFMD di negeri ini, di mana sehingga 19 Julai jumlah kes dilaporkan sebanyak 1,350 kes berbanding hanya 563 kes bagi tempoh sama pada 2017, peningkatan 139.8 peratus.

“Kes HFMD mengikut daerah tahun ini adalah 950 kes di Seremban, Jempol (102), Port Dickson (75), Rembau (73), Kuala Pilah (63), Jelebu (46) dan Tampin 41 kes,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah premis masih ditutup adalah dua taska dan satu prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Paroi di sini, manakala tiada sekolah yang ditutup sepenuhnya di negeri ini.

“Hasil semakan dan verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mendapati terdapat satu wabak penyakit HFMD melibatkan tiga pelajar prasekolah di SK Paroi. Kesemua kes pelajar itu telah mendapat rawatan pesakit luar dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar langkah pencegahan hendaklah sentiasa diamalkan oleh orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska, tadika, tabika dan prasekolah untuk mencegah penularan virus HFMD.

Sementara itu, katanya 32 kes denggi dicatat sehingga 21 Julai, dengan daerah Seremban mencatat 22 kes, Jempol (4), Port Dickson (2), Tampin (2), Rembau (1) dan Jelebu satu kes.

Beliau berkata kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah 746 kes, berbanding 2,336 kes pada tahun lepas, iaitu penurunan 68.1 peratus.

Katanya kumulatif kes kematian denggi 2018 adalah satu kematian berbanding 10 kematian untuk tempoh yang sama pada 2017.

“Kumulatif kematian pada 2017 adalah 11 kematian. Jumlah lokaliti wabak adalah 10 iaitu lapan di Seremban dan masing-masing satu di Port Dickson dan Jempol,” katanya. – BERNAMA

Tags: HFMD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd