• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Warga Emas Maut Kereta Dinaiki Langgar Treler

oleh Ahmad Albab
16/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki dan wanita warga emas maut apabila kereta Perodua Axia dinaiki melanggar sebuah treler di KM121 Jalan Johor Bahru-Melaka di kawasan Tanjung Laboh, dekat Batu Pahat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian pada 6.30 pagi itu menyebabkan Lim Kew Kim, 72, dan Puah Poh Kim, 69, kedua-duanya dari Taman Bandar Banang Jaya, Batu Pahat, maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Lim yang memandu dari arah Tanjung Laboh menghala ke arah bandar Batu Pahat melanggar bahagian tengah treler yang sedang keluar simpang di bahagian kiri tempat kejadian.

“Akibat pelanggaran tersebut, Lim dan Puah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler yang berumur 49 tahun dan berasal dari Tanjung Karang, Selangor, tidak mengalami kecederaan,” katanya menerusi kenyataan.

Abdul Wahib berkata difahamkan kedua-dua mangsa bukan suami isteri dan mayat mereka yang dikeluarkan dari kenderaan oleh pihak bomba, dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat.

Beliau berkata kemalangan berlaku ketika cuaca baik dan tempat kejadian merupakan jalan lurus dua lorong dua hala.

Katanya polis menahan pemandu treler terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kemalangan mautwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd