Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Satu Mayat Ditemukan, Seorang...

KOTA TINGGI: Satu lagi mayat lelaki dipercayai mangsa insiden bot karam Tanjung Balau,...

Lelaki Malaysia Positif Covid-19...

SINGAPURA - Seorang lelaki Malaysia berusia 34 tahun menjadi kes baharu Covid-19 yang...

Carilah Jalan Silaturrahim Pujuk...

HARI Jumaat lepas, anak perempuan Datuk Dr. Puad Zarkashi, Ketua Pengarah Jabatan Hal...

Syok Dekat Ibu, Anak...

KERANA dendam, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menjadi mangsa apabila muka dicurah...

Ziana Zain Lega Lihat Anak Kembali Senyum

MESKIPUN kemelut peribadi belum ada jalan penyelesaian namun penyanyi bernada tinggi, Ziana Zain tidak berterusan membiarkan dirinya dibelenggu kesedihan.

Sebaliknya, pelantun lagu Syurga Di Hati Kita itu berusaha memastikan empat anaknya ceria menanti kedatangan 1 Syawal dan apa juga yang berlaku dalam hidup, langkah perlu diteruskan.

Ziana berkata, dia lega apabila segala persiapan mereka sudah lengkap disediakan minggu lalu dan setiap anaknya juga diberi kebebasan memilih sendiri pakaian serta kasut untuk digayakan pada Syawal nanti.

“Saya mahu mereka gembira pada hari raya nanti. Alhamdulillah, semuanya sudah lengkap dan masing-masing puas dengan pilihan mereka.

“Bayangkan kami keluar rumah dari jam 10 pagi dan hanya berhenti seketika untuk berbuka puasa. Selepas itu, kami menyambung semula berbelanja kerana saya mahu mereka puas hati.

“Rasanya hampir 12 jam juga kami di luar, namun saya seronok. Apa yang penting ketika ini adalah kebahagiaan mereka,” katanya dipetik BH Online.

Tambah Ziana, empat anaknya iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9, masing-masing mempunyai cita rasa sendiri.


Malah ujarnya lagi, mereka juga akan memilih pakaian mengikut keselesaan tanpa terlalu memandang jenama.

“Mereka akan pilih dulu, seterusnya bertanya pendapat saya. Kalau ada yang tidak berkenan di mata, saya akan cadangkan yang lain. Tidak banyak masalah kerana mereka sudah tahu apa yang dimahukan terutama Aiman dan Amar.

“Aiman sudah matang dan sering mengalah. Sebelum berbelanja, dia akan bertanya dulu kerana tidak mahu membebankan saya. Biarpun saya berkeras supaya dia mendapatkan apa yang dimahukan, Aiman tetap berkira-kira.

“Pernah saya memintanya supaya mengambil dua pasang seluar kerana sudah lama tidak membeli persalinan baharu, tetapi hanya satu menjadi pilihannya. Itulah Aiman. Kaseh dan Ariel pula selalunya hanya mengikut apa yang saya pilih,” ujar Ziana.

Sebelum ini, isu dalaman rumah tangga Ziana menjadi bualan hangat netizen apabila suaminya iaitu Armin atau nama sebenarnya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas penyanyi itu membuat laporan polis pada 27 Februari lalu atas tuduhan memukul anak mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori