• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zambry Tidak Bertanding Naib Presiden UMNO

oleh Ahmad Albab
24/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAH… Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak sebaliknya berkata, ingin memberi ruang kepada calon lain, selain memberi tumpuan pada peringkat Majlis Tertinggi.

“Saya hanya akan cuba memberi khidmat sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO jika parti memikirkan saya diperlukan, khususnya dalam konteks pemulihan parti dan saya akan beri yang terbaik,” katanya.

Zambry ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lumut 2018, di Lumut, Perak hari ini.

Sebelum ini, menerusi laman sosial Facebook beliau, Zambry mengumumkan akan bertanding jawatan Anggota Majlis Tertinggi UMNO bagi sesi 2018-2021 pada pemilihan parti itu yang dijadualkan pada 30 Jun.

Ketika ditanya kemungkinan akan mengetuai pembangkang negeri, beliau yang juga bekas menteri besar Perak berkata perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan dan mengambil pendekatan bersikap terbuka dengan sebarang keputusan kerana ia adalah tugas besar.

“Sebagai Pengerusi BN Perak secara dasarnya mereka akan melantik saya sebagai ketua pembangkang, namun ini bukan mengenai saya, ini adalah mengenai parti.

“Jika parti memilih saya atau orang lain, kita akan sentiasa bersikap terbuka. Semua bergantung kepada Barisan Nasional,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd