• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Enggan Ulas Cadangan Ku Li Untuk Berdebat

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai saranan dikemukakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan semua calon bertanding jawatan Presiden UMNO berdebat dan mengisytiharkan harta.

Ahmad Zahid berkata, saranan itu adalah pandangan peribadi veteran UMNO yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li itu.

“Tidak mengapalah…itu pandangan (cadangan) daripada beliau sahaja (untuk berdebat),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas dan Jamuan Hari Raya anjuran UMNO Pahang di Dewan Tun Razak, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir dua calon Timbalan Presiden iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Selain itu, empat daripada tujuh calon Naib Presiden parti juga hadir iaitu Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Calon Ketua Wanita UMNO, ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob turut hadir pada majlis tertutup itu.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan berlaku perpecahan dalam kalangan ahli UMNO berikutan terlalu ramai calon bertanding bagi pemilihan kali ini, Ahmad Zahid berkata, perkara ini amat disedari pihak Ibu Pejabat UMNO dan berharap ia tidak akan berlaku.

“Kita cuba elakkan (perpecahan)… itulah sebabnya kita bawa siapa sahaja yang bertanding… siapa juga boleh datang dan paling utama kita beri penekanan ialah pilihlah yang terbaik di kalangan yang baik baik,” katanya.

Beliau berkata, majlis perjumpaan khas itu diatur pihak Ibu Pejabat UMNO dan ia adalah antara kaedah terbaik yang boleh digunakan semua calon untuk turun padang bertemu dengan semua pimpinan dan ahli UMNO di setiap negeri.

Katanya, ini adalah bagi memberikan peluang kepada semua calon memperkenalkan diri kepada perwakilan memandangkan tempoh berkempen cuma tinggal 10 hari lagi.

Pemilihan UMNO kali ini mencatatkan sejarah yang tersendiri apabila menerima pencalonan daripada 612 orang untuk semua jawatan, daripada jawatankuasa sayap hingga kepada Majlis Tertinggi (MT). – BH Online 

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamididebat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedutaan Malaysia Pantau Operasi Danau Toba

Next Post

KJ Sahut Cabaran Ku Li, Zahid Belum Beri Kata Putus

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Next Post

KJ Sahut Cabaran Ku Li, Zahid Belum Beri Kata Putus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd