• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut, Anak Parah Kemalangan Di Pekan

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Seorang warga emas maut manakala anaknya parah selepas kenderaan yang dinaiki hilang kawalan sebelum bertembung kenderaan lain di Kilometer 51 Jalan Pekan-Nenasi/Rompin berhampiran Kampung Serun di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa, Ismail Abas, 72, yang memandu kereta itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian dada.

Anaknya, Siti Zuraidah, 31, yang mengalami pendarahan dalaman, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan.

“Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Lembing selepas pergi ke rumah seorang menantunya di Rompin. Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu Perodua Myvi telah hilang kawalan selepas melalui selekoh dan memasuki laluan bertentangan.

“Kereta mangsa kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang tidak dapat mengelak ekoran jarak yang terlalu hampir,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Amran berkata pemandu kereta Nissan Sentra, Mansor Ibrahim, 57, yang juga pembantu makmal sekolah di Kuantan, juga dihantar ke HTAA kerana patah paha dan cedera pada tumit kaki kanan, manakala mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd