• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga ATM Diseru Kekal Kesinambungan

oleh Ahmad Albab
20/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diseru untuk terus mengekalkan kesinambungan ATM dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan negara agar dinikmati oleh generasi seterusnya, kata Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Beliau berkata pengorbanan yang diberi oleh setiap warga ATM terhadap rakyat dan negara tidak dapat dinilai dengan pingat dan seumpamanya.

Raja Mohamed Affandi berkata ATM sentiasa meletakkan kepentingan perkhidmatannya melebihi segala-galanya dalam mempertahankqn kedaulatan negara.

“Sepanjang 42 tahun saya berkhidmat dalam ATM, saya amat berbangga dengan warga ATM mempunyai harga diri dan jati diri kukuh yang mampu menjadi benteng daripada segala anasir-anasir luar yang boleh mengganggu-gugat keamanan.

“Ini terbukti dengan pengiktirafan yang diterima daripada dunia luar kepada ATM sendiri yang disegani, dihormati dan ditakuti oleh lawan dan kawan,” katanya selepas hadir ke Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-19, di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana, Sungai Besi, hari ini.

Beliau berharap kesatuan yang ditunjukkan ATM selama ini sentiasa kekal utuh dan berdisiplin walaupun kepimpinan ATM yang diterajuinya sejak 2016 akan bertukar tangan.

Perbarisan berkenaan bertujuan bagi meraikan persaraan Raja Mohamed Affandi sebagai Panglima ATM yang berkuat kuasa hari ini.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu dalam ATM itu akan berlangsung di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini, yang akan disaksikan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dijangka pada 2 petang ini.

Raja Mohamed Affandi, 60, dilantik menjadi Panglima ATM pada Disember 2016 dan pernah menjawat Ketua Angkatan Tentera Malaysia sebelum dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada 14 Jun 2013.

Dilahirkan di Kampung Raja Besut, Terengganu pada 20 Jun 1957, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kampung Raja sebelum menamatkan pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Ismail.

Beliau kemudian mengikuti latihan sebagai Bakal Pegawai Kadet di Pre-Officer Cadet Training Unit (Pre-OCTU) Sekolah Pegawai Kadet, Kem Sebatang Karah, Port Dickson dan seterusnya di Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi sebagai Pegawai Kadet sebelum ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Mei 1977. – BERNAMA

Tags: ATM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd