• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vida Lancar Lagu ‘Lavida Go Bola’ Sempena Piala Dunia

oleh Ahmad Albab
24/06/2018
dalam Artis, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jika sebelum ini, lagu ‘I Am Me’ dan ‘Lavida Raya’ berjaya menarik perhatian umum, jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida kini kembali dengan buah tangan terbaharunya.

Minat mendalam terhadap dunia bola sepak dan nyanyian, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman tampil dengan lagu berentak reggae iaitu ‘Lavida Go Bola’ sempena Piala Dunia 2018.

Lagu itu, yang dinyanyikan Vida bersama-sama anaknya yang dikenali dengan nama Cik B dan penyanyi Mimi Fly, siap sepenuhnya seminggu sebelum sambutan Aildilfitri.

“Ia hasil ciptaan dan lirik oleh Cat Farish, Illegal, Mimi Fly dan Mohd Hilmi,” katanya pada sidang media sempena pelancaran lagu berkenaan di Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini, hari ini.

Vida berkata lagu itu hanya mengambil masa empat hari untuk disiapkan termasuk pembikinan muzik videonya.

“Saya memilih genre reggae supaya lagu ini dapat menceriakan musim bola sepak ketika ini dan saya mahu orang ramai ‘enjoy’ mendengar lagu berentak rancak yang sudah sebati dengan diri saya,” katanya.

Vida berkata meskipun kos pembikinan muzik video lagu itu tidak semahal single pertamanya namun, ia sangat istimewa kerana lokasi penggambaran itu dilakukan di Stadium Perak dan di kediamannya sendiri di sini.

Lagu itu telah dimuat naik di YouTube bermula hari ini dan sehingga kini, video berkenaan sudah menerima lebih 7,000 tontonan.

“Saya akan terus berkarya selepas ini walaupun suara saya tidaklah sesedap mana…saya tidak akan sekali-kali menjadikan itu sebagai kelemahan kerana selagi orang ramai masih mahu menerima karya saya, mengapa tidak saya teruskan,” katanya.

Sementara itu, Cat Farish berkata Vida begitu teliti dengan pemilihan genre dan lirik lagu tersebut walaupun ia tidak jauh berbeza dengan dua lagu nyanyian Vida sebelum ini.

“Datuk Seri Vida sudah tahu apa yang diingininya…beliau mahu lagu yang ringkas, tidak meleret seterusnya mampu menarik orang ramai untuk mendengar. Jadi, saya kena sediakan segera dan hantar (lagu) kepadanya sehingga beliau berpuas hati,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri VidaPiala Dunia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd