• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

USM Tempat Ke-14 Universiti Muda Terbaik Dunia

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) menduduki tempat ke-14 dalam penarafan universiti muda terbaik dunia yang diumumkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) iaitu ‘QS Terbaik 50 di bawah 50 tahun’.

Dalam senarai terbaru 2019, empat universiti awam tempatan tersenarai sebagai universiti muda terbaik dunia dalam penarafan itu dengan USM berada dalam kelompok teratas.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, ini adalah prestasi terbaik universiti berkenaan dan satu pencapaian hebat.

“Saya percaya ini adalah satu pencapaian hebat yang ditunjukkan kakitangan universiti baik daripada bidang akademik atau pentadbiran serta alumni dan pemegang kepentingannya.

“Kami menyedari persaingan yang sengit, dan lonjakan besar ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai institusi pengajian tinggi bertaraf dunia,” katanya.

Asma berkata USM menunjukkan banyak pencapaian dalam pelbagai bidang tahun ini.

Antaranya ialah kejayaan ahli akademiknya, Dr. Khayriyyah Mohd Hanafiah, ketika beliau dinamakan sebagai Best Communicator Sains Dunia di FameLab International 2018 Competition.

Universiti ini juga mempunyai lima saintis dalam kalangan enam yang terpilih mewakili Malaysia pada Sidang Kemuncak Nobel ke-68 yang akan datang dari 24 Jun hingga 29 Jun di Lindau, Jerman.

Sementara itu, dalam QS World University Ranking 2019 (QS-WUR 2019) terkini yang dikeluarkan pada awal Jun 2018, USM berada di tempat ke 207 berbanding 264 pada tahun sebelumnya. – BH Online

Tags: prestasiUSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyelidik USM Temukan Arca Buddha, Prasasti Di Bukit Choras

Penyelidik USM Temukan Arca Buddha, Prasasti Di Bukit Choras

22/09/2023
0

YAN: Kumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang berjaya menemukan dua buah arca...

Penuntut USM Maut Jatuh Tingkat Lapan

26/04/2022
0

GEORGETOWN : Seorang penuntut Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd