• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPM Lonjak Kedudukan 202 Universiti Terbaik Dunia

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melonjak 27 anak tangga untuk tersenarai pada kedudukan ke-202 universiti terbaik dunia dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2018/2019, hari ini.

Naib Canselornya, Prof Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris berkata kenaikan tersebut adalah tempoh lima tahun berturut-turut selepas menghuni tangga ke-229 pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, peningkatan dalam ranking dunia membuktikan bahawa universiti berkenaan berada pada landasan terbaik selaras dengan Pelan Stategik UPM 2014-2020 untuk mencapai kedudukan 200 universiti terbaik dunia menjelang 2020.

“Peningkatan kualiti kurikulum dan kebolehpasaran pelajar boleh meningkatkan jaringan dan reputasi pelajar UPM dengan industri dan bakal majikan kerana ia dinilai dalam indikator Employer Reputation.

“Usaha UPM memperbaiki beberapa indikator akan digandakan seperti strategi meningkatkan jumlah pensyarah antarabangsa dan meningkatkan kualiti akademik dan pelajar,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, UPM juga berada pada kelompok 20 peratus universiti terbaik dunia daripada 1,233 universiti yang dinilai oleh QS serta memperolehi skor tertinggi bagi indikator International Student, selain peningkatan skor dalam tiga indikator lain iaitu Academic Reputation, Employer Reputation, Faculty Students dan International Faculty.

Selain itu katanya, UPM juga memperkukuhkan aspek dasar terutama kualiti penyelidikan akademik dan bilangan penerbitan dalam jurnal terkemuka dengan bilangan sitasi penerbitan.

Menurutnya, selaras visi UPM untuk menjadi Universiti bereputasi antarabangsa, ranking QS membantu untuk menilai tahap visibiliti UPM terutama dalam aspek pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi.

QS World University Rankings 2018/2019 membuat penilaian berdasarkan enam indikator iaitu Reputasi Akademik, Majikan, Pelajar Fakulti, Sitasi Mengikut Fakulti, Fakulti Antarabangsa dan Pelajar Antarabangsa. – BERNAMA

Tags: UPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PERKESO, UPM Jalin Kerjasama Dalam Bidang Perubatan Dan Rehabilitasi

26/02/2022
0

PETALING JAYA : Sebagai peneraju dalam perlindungan keselamatan sosial di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa komited menambah baik perkhidmatannya...

Mengapa UPM Anugerah Hampir 400 PHD Tahun Ini?

18/01/2022
0

Berikut kenyataan oleh Ketua Penerangan Keadilan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin: Hairan kenapa UPM anugerah hampir 400 PhD tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd