• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Terengganu Sokong Ahmad Said Bertanding

oleh Ahmad Albab
11/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan menyokong sepenuhnya pencalonan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said sebagai naib presiden dalam pemilihan parti itu akhir bulan ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata UMNO Terengganu amat gembira dengan pencalonan itu kerana ia akan mewakili suara Terengganu ke peringkat tertinggi kepimpinan parti.

“Sudah lama Terengganu tidak ada wakil di situ (kerusi nasib presiden) memandangkan kali terakhir ialah pada zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad pada 1990-an.

“Sudah pasti UMNO Terengganu akan memberi sokongan penuh dan kita akan berkempen untuk beliau sebagai satu-satunya wakil Terengganu yang akan sampai ke tampuk kepimpinan sebegitu (tinggi),” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota Kelab Wartawan Media Terengganu di sini malam tadi.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus pula, Ahmad Razif menegaskan beliau akan mengundurkan diri sekiranya ada calon muda yang mahu bertanding.

“Bagaimanapun sekarang ini saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus sekiranya tidak ada mana-mana calon yang menawarkan diri.

“Paling penting hari ini bukan jawatan, sebaliknya kita nak kembalikan semula solidariti dan permuafakatan untuk memperkuatkan jentera untuk kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Said
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seluar Dalam Silika Boleh Rawat Mati Pucuk?

28/11/2018
0

DEDAH... Gelagat spontan Datuk Seri Ahmad Said (BN-Kijal) menyatakan seluar dalam daripada silika mampu rawat mati pucuk nyata telah gamat...

1MDB: Ahmad Said Beri Keterangan 5 Jam Di SPRM

28/06/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selesai memberi keterangan kira-kira lima jam bagi membantu siasatan Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd