Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sapu 5 Filem, Amani...

KEMUNCULAN semula pelakon serba boleh Sharifah Amani membuatkan dia mendapat semangaat baharu apabila...

Nik Abduh Alu-Alukan Muhyiddin...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS mengalu-alukan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin...

Anggota Pentadbiran Dikehendaki Isytihar...

PUTRAJAYA - Semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik dikehendaki...

LTdL: Adiq Husainie Gembira...

PELUMBA pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Adiq Husainie Othman berpuas hati dengan...

Trump-Jong Un Bakal Temu Di Hotel Capella Sentosa

RASMI… Sidang kemuncak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un julung kali minggu depan akan dibuat di Hotel Capella, Sentosa, Singapura.

Demikian diumumkan jurucakap Rumah Putih di Washington DC, Sarah Sanders semalam dipetik stesen penyiaran awam milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia sekali gus menamatkan teka-teki lokasi persidangan itu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah Singapura atas layanan baik mereka,” tulis wanita tersebut menerusi akaun sosial Twitter semasa mengumumkan tempat sidang yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jun ini.

Hotel resort bertaraf lima bintang dibuka sejak tahun 2009 dengan memiliki 119 buah bilik itu terletak di pulau peranginan popular Sentosa malah cuma tiga kilometer dari taman tema Universal Studio Singapore dan Kidzania.

Bangunan asal hotel ini sebenarnya merupakan kompleks tentera peninggalan British yang dibina pada 1880-an sebelum dibina semula pada 2003 melibatkan tambahan blok baharu dengan imej lebih moden oleh pemajunya.

Trump dalam pada itu memberitahu para wartawan dalam sebuah acara Meja Bulat bahawa persiapan pertemuan pertama antara seorang Presiden AS dengan pemimpin tertinggi rejim Korea Utara itu “sedang berjalan lancar.”

“Banyak hubungan terjalin, banyak rundingan sedang berlangsung sebelum lawatan bersejarah tersebut. Kami akan melihat apa yang berlaku. Namun ia sangat penting – Ia adalah dua hari yang sangat penting,” kata beliau lagi.


Presiden itu berkata bahawa salah satu perkara mungkin dipersetujui pada sidang itu ialah perjanjian secara rasmi menamatkan Perang Korea 1950-1953, yang dihenti menerusi gencatan senjata, bukan menerusi perjanjian damai.

Sebelum ini, Sentosa dan laluan jalan yang menghubungkan pulau itu dengan Habourfront dikhususkan sebagai kawasan acara khas oleh pemerintah Singapura sempena persidangan puncak antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Ini diumumkan dalam Warta Pemerintah yang diterbitkan secara talian semalam dan menambah pengumuman sebelum ini bahawa kawasan di sekitar Hotel Shangri-La juga dikhaskan sebagai zon khas bagi sidang puncak itu.

Langkah keselamatan diperketatkan di kawasan itu bagi tempoh antara 10 hingga 14 Jun. Menurut catatan warta tersebut, senjata, bahan letupan, pembesar suara dan bendera tidak akan dibenarkan dalam kawasan acara khas.

Pihak polis Singapura dibenarkan menjalankan pemeriksaan badan ke atas mereka yang memasuki kawasan berkenaan manakala dron juga tidak dibenarkan terbang di kawasan berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori