• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Dakwa Amerika Syarikat Kini Lebih Selamat

oleh Ahmad Albab
14/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL/WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata Korea Utara tidak lagi menimbulkan ancaman nuklear, selepas negara itu menawarkan garis masa untuk menamatkan program senjata itu.

Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan bersejarah di Singapura pada Selasa lalu, mengesahkan komitmen Pyongyang untuk ‘memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menamatkan sepenuhnya program nuklear di Semenanjung Korea.

Manakala, Amerika Syarikat berjanji memberikan jaminan keselamatan terhadap Korea Utara.

Bagaimanapun, pengkritik dari Parti Demokratik menganggap perjanjian itu tidak lengkap.

Mereka juga berkata, presiden dari Parti Republikan itu membuat terlalu banyak janji kepada Jong-un, yang kini berdepan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana program senjata dan nuklear, selain pelanggaran hak asasi manusia.

Dalam pada itu, setibanya beliau di Washington, Trump mengumumkan bahawa pertemuan dengan Jong-un adalah satu kemenangan kepada keselamatan rakyat Amerika Syarikat.

“Ketika ini, orang ramai rasa lebih selamat berbanding sewaktu saya mengambil alih pentadbiran.

“Tiada lagi ancaman nuklear dari Korea Utara. Mesyuarat dengan Kim Jong-un adalah satu pengalaman yang menarik dan sangat positif.

“Korea Utara mempunyai potensi besar pada masa depan,” kata Trump di Twitter. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Amerika Syarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd