Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

‘Sepuluh Jong Masuk Kuala,...

BILA orang bagi cadangan, kau marah. Bila orang nak bantu, kau ego. Apa...

Melaka Peruntuk RM2.58 Juta...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka memperuntukkan RM2.58 juta bagi bayaran bantuan khas kewangan...

19 Mac Dengar Permohonan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 19 Mac depan untuk mendengar...

Exco Johor Didakwa 33...

JOHOR BAHRU - Exco kerajaan negeri, Datuk Abd Latif Bandi bersama seorang perunding...

Trump Anjur Majlis Iftar Pertama Di Rumah Putih

MESRA… Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akhirnya mengadakan jamuan iftarnya yang pertama sebagai pemimpin negara tersebut di Rumah Putih, Washington DC semalam.

Beliau pernah membatalkan tradisi berbuka puasa yang dimulakan presiden-presiden AS sebelumnya dengan wakil negara-negara Islam; apabila tidak mengadakan majlis jamuan itu pada tahun pertama beliau menyandang jawatan.

Acara di State Dining Room kompleks Rumah Putih pada jam 8 malam waktu tempatan itu dihadiri lebih 50 tetamu. Trump duduk di meja utama bersama Duta Arab Saudi, Putera Khalid Ben Salman dan Duta Jordan, Dina Kawar.

Puluhan tetamu kehormat lain terdiri daripada duta beragama Islam dari pelbagai negara Arab rantau Timur Tengah antaranya Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Tunisia, Iraq, Qatar, Bahrain, Maghribi, Algeria dan Libya.

“Kepada anda semua dan Muslim di seluruh dunia: Ramadan Mubarak,” ucap Trump yang pernah sering kali mencetuskan kontroversi panas apabila melibatkan dirinya dalam kancah perbincangan berbaur anti-Islam.


“Pada iftar malam ini, kami mengucapkan terima kasih atas ikatan persahabatan yang diperbaharui dan kerjasama yang terjalin dengan rakan kerja yang kami hargai terutama dari seluruh Timur Tengah,” tambah beliau lagi.

Jamuan berbuka puasa, sebelum ini, merupakan program tetap dalam jadual kalendar rasmi Rumah Putih, seiring dengan pelbagai upacara sarapan pagi dan makan malam bersempana acara keagamaan lain yang serupa.

Sebelum ini, beberapa kumpulan Muslim Amerika yang turut menerima jemputan sama ada menyatakan bahawa mereka tidak akan menyertai jamuan iftar di Rumah Putih semalam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori