• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM Tawar Program MBA Kepada Pegawai – PTL

oleh Ahmad Albab
23/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini menyediakan peluang bagi pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) secara sambilan kepada pegawai TLDM menerusi program khas dengan kerjasama beberapa universiti tempatan.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata program pengajian itu bertujuan menyediakan peluang kepada pegawai TLDM meningkatkan pengetahuan dan tahap pencapaian akademik untuk dimanfaatkan semasa berkhidmat atau setelah besara.

“Ia juga ke arah menghasilkan pemimpin yang berfikiran strategik dan inovatif,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata program MBA itu memakan masa 18 bulan dengan kos pengajian yang menarik bagi penuntut.

“Saya amat yakin pegawai TLDM yang menyertai pengajian MBA ini mampu meningkatkan ilmu pengetahuan dan keyakinan diri mereka dalam menghasilkan prestasi dan kualiti kerja yang tinggi,” katanya.

TLDM menerima tawaran penyediaan pakej pengajian itu daripada beberapa universiti awam dan swasta, dan kini dalam peringkat akhir memilih pakej terbaik untuk ditawarkan kepada pegawai TLDM yang berminat di empat lokasi utama iaitu Kuala Lumpur, Lumut, Kuantan dan Kota Kinabalu.

Program pengajian itu satu inisiatif TLDM yang dikenali sebagai ‘KEEL’ (Knowledge Empowerment through Enhancement Learning), selaras dengan maksud perkataan itu iaitu tulang belakang kapal – menandakan bahagian penting kepada sesuatu struktur atau organisasi.

“Saya amat terharu apabila program yang ditawarkan ini mendapat sambutan positif pegawai-pegawai muda TLDM. Sebaik sahaja program MBA ini dibuka, lebih 100 pegawai telah mendaftar untuk program berkenaan dan ia di luar jangkaan kami,” kata Ahmad Kamarulzaman.

Panglima Tentera Laut itu turut menyatakan bahawa program pengajian MBA itu merupakan inisiatif TLDM untuk meningkatkan kualiti modal insan demi mendukung pelan transformasinya. – BERNAMA

Tags: TLDM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bukan Rombongan Pinang, Hanya Beraya – Erra Fazira

Next Post

Atuk Dan Cucu Maut, 6 Cedera Kemalangan Di LPT1

Related Posts

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini, melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan...

Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM

Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menafikan di Mahkamah Sesyen, di sini, bahawa beliau duduk...

Next Post

Atuk Dan Cucu Maut, 6 Cedera Kemalangan Di LPT1

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd