• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atuk Dan Cucu Maut, 6 Cedera Kemalangan Di LPT1

oleh Ahmad Albab
23/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua sekeluarga maut, enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Km233.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Kuantan di sini, tengah malam tadi, menurut polis.

Dalam kemalangan pada kira-kira 12.05 malam itu, Hamzah Hitam, 77, dan cucunya Muhammad Hairi Khosni, 18, yang merupakan penumpang belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza maut di tempat kejadian.

Empat lagi anggota keluarga itu yang cedera ialah pemandu MPV Khosni Kamit, 54, yang merupakan staf Jabatan Kebajikan Masyarakat, isteri Khosni Nor Haliza Hamzah, 50, dan kakaknya Nor Haslina, 52, dan seorang lagi anak pasangan itu Muhammad Haziq, 24, yang patah paha kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata turut cedera ialah pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, Wazir Baharudin, 46 dan rakannya, Muhammad Ishak Ismail, 54.

“Bagaimanapun pemandu sebuah lagi MPV Perodua Alza, Faiq Ibrahim, 28, isteri, Norhidayah Boriak, 25, anak mereka, Muhammad Firash Nawfal, 6 bulan, dan adik pemandu Mohd Firdaus, 24, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd