• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkat Profesionalisme, Kebebasan RTM, Bernama

oleh Ahmad Albab
29/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengambil langkah segera untuk meningkatkan kebebasan dan profesionalisme entiti Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata langkah itu bagi memastikan media mempunyai kebebasan untuk menjalankan proses semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan.

Semua undang-undang serta peraturan yang berkaitan media akan disemak semula agar kebebasan media sentiasa terjamin, katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga KKMM di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga sedang mempertimbangkan penubuhan sebuah Majlis Media yang dianggotai tokoh media, bagi menyelaras garis panduan etika serta bertindak sebagai badan hisbah (badan pengawasan yang ditubuhkan kerajaan) dalam menangani aduan orang ramai terhadap media.

Beliau meminta warga KKMM mengubah cara berfikir serta bekerja secara berpasukan untuk merealisasikan kepentingan komunikasi dan multimedia ke arah meningkatkan pertumbuhan serta mentransformasikan sektor ekonomi bagi kesejahteraan rakyat dalam tempoh enam bulan.

Gobind berkata warga KKMM perlu sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, di samping memegang teguh kepada prinsip amanah dan berintegriti agar dapat membudayakan cara kerja serta berfikir yang betul dan berkualiti.

Justeru, beliau berkata hasrat kerajaan untuk mempunyai sistem jalur lebar dengan dua kali ganda kelajuan pada separuh harga akan dijayakan agar ia dapat memberi rakyat asas kemudahan komunikasi yang lebih berkesan.

“Sebagai langkah pertama, saya mahu menjayakan hasrat menjadikan internet sebagai hak asasi rakyat Malaysia bagi mencorak langkah negara ke masa hadapan bersaing dengan Brunei, Cambodia, Thailand dan Singapura,” katanya.

Beliau berkata adalah penting KKMM mengatasi masalah kualiti perkhidmatan tersebut agar ia bukan hanya dapat memenuhi kehendak pemegang taruh malah rakyat secara keseluruhan.

Berhubung pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar, beliau berkata pihaknya akan mengkaji semula undang-undang itu berserta undang-undang lain yang berkaitan dan membuat pindaan bersesuaian mengikut peredaran masa serta teknologi terkini.

“Penelitian semula akan dilaksanakan bagi mewujudkan undang-undang yang lebih mantap dan menyeluruh tanpa mengkompromi kebebasan bersuara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia,” katanya.

Gobind berkata beliau bersama pengurusan kementerian akan melihat semula strategi serta hala tuju mereka dengan mengkaji semula fungsi, peranan dan rasionalisasi bahagian, jabatan serta agensi seliaan KKKM agar warga kementerian dapat mengorak langkah dengan lebih jelas, selari dengan hasrat kerajaan.

“Kita perlu meletakkan diri sebagai kementerian yang sentiasa berhubung, serta memenangi hati dan minda rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: BernamaKKMMRTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

26/10/2025
0

SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas kesilapan pengulasnya yang tersilap menyebut nama Presiden Republik Indonesia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd