• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Jika Musa, Jamal Keluar Negara

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan dikenakan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman serta Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos sekiranya terbukti benar mereka ke luar negara tanpa melalui pintu keluar yang sah.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata tindakan akan dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang melanggar Akta Imigresen tanpa pilih kasih atau pilih bulu.

“Tentunya (Imigresen) akan mengambil tindakan kepada sesiapa juga yang terbukti melakukan kesalahan melanggar Akta Imigresen termasuk jika (mereka) terbukti ke luar negara tanpa melalui pintu keluar yang sah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mendedahkan Musa dipercayai menjadikan negara Brunei Darussalam sebagai transit sebelum keluar meninggalkan negara.

Mohamad Fuzi berkata ini berikutan pihak Jabatan Imigresen tidak memiliki rekod bahawa bekas Ketua Menteri Sabah itu meninggalkan negara.

Polis juga telah cuba untuk merakamkan kenyataan daripada bekas ketua menteri itu bagi menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 19 Mei dipercayai berhubung ugutan jenayah.

Selain itu, Jamal pula dipercayai melarikan diri ke negara jiran iaitu Indonesia menggunakan laluan tikus dan usaha mengesan lokasi sebenar beliau sedang giat dilaksanakan, kata Mohamad Fuzi.

Sebelum ini, beliau mengesahkan waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat lalu mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Jamal dilapor menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei dengan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang.

Jamal, 48, didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor pada 5 Okt lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jamal Md YunosMusa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd