• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Lelaki Terlepas Daripada Hukuman Mati

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tiga lelaki terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh seorang lelaki, tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap M. Paramaguru, 41; K. Alagasuveeran, 42 dan R. Sathies, 33.

Dalam penghakimannya, Ghazali antara lain berkata kebergantungan pihak pendakwaan kepada bukti mengikut keadaan adalah tidak selamat dan tidak cukup kuat untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap ketiga-tiga lelaki berkenaan.

“Di akhir kes pendakwaan, mahkamah dapati pihak pendakwaan hanya bawa satu keterangan yang ‘mere suspicion’ (syak wasangka) bahawa ketiga-tiga tertuduh terlibat dalam jenayah. ‘Suspicion’ tidak cukup kuat untuk buktikan kes seperti kehendak undang-undang.

“Berdasarkan alasan itu, mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan dengan itu ketiga-tiga tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Paramaguru, Alagasuveeran dan Sathies didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas membunuh R. Manogaran, 34, dalam belukar di Batu 34, Jalan Dengkil/Banting dekat sini, antara 12.44 tengah hari dan 8 malam pada 22 Ogos 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula Disember tahun lepas.

Ketiga-tiga mereka yang terlibat dalam perniagaan diwakili peguam, Datuk Hariharan Tara Singh sementara pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadhir Mohd Khairudin dan T. Deepa Nair. – BERNAMA

Tags: kes bunuhmahkamah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd