• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Kluster Wabak Denggi Dikesan Di Labuan

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Jabatan Kesihatan Labuan telah mengesan sekurang-kurangnya tiga kluster wabak denggi di sini, yang mencatatkan tujuh kes dalam seminggu, dengan dua pesakit masih dirawat di hospital kerana demam denggi.

Pengarahnya, Dr Ismuni Bohari berkata wabak itu berlaku di tiga buah kampung yang padat penduduk iaitu Kampung Layangan, perkampungan air di Kampung Bebuloh Laut dan kawasan penempatan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kampung Baru Muslim.

Sekurang-kurangnya 27 kes telah dilaporkan sejak Januari hingga kini iaitu peningkatan hampir 200 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Peningkatan operasi penguatkuasaan di kawasan-kawasan terdedah denggi dan pengawasan aktif melalui pusat-pusat kesihatan dan hospital yang bekerjasama dengan pejabat pengarah perkhidmatan kesihatan telah membantu mengesan lebih banyak kes,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau kesal dengan sikap sesetengah penduduk kampung yang tidak mengambil berat terhadap nasihat supaya membersihkan kawasan sekitar daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes sehingga menyebabkan demam denggi masih menular.

Beliau berkata pasukan penguatkuasa jabatannya dengan kerjasama jabatan kesihatan Perbadanan Labuan akan menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu dalam masa terdekat bagi mengesan tempat pembiakan nyamuk aedes di kampung terbabit di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Mereka yang sabit kesalahan di bawah akta tersebut boleh dikenakan denda maksimum RM10, 000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

Tags: denggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd