• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi ‘Rumah Sarang Burung’ Orang Miskin

oleh Ahmad Albab
17/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dasar Komuniti Negara yang akan dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Ogos ini mungkin mencadangkan tempat kediaman yang lebih besar kepada golongan miskin, kata menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata cadangan yang bakal dibuat adalah menambah keluasan saiz rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada 900 kaki persegi daripada 600 kaki persegi sebelum ini.

​​​​​​“Saya tidak mahu rumah PPR dan rumah untuk B40 ini konsep duduk di rumah ibarat sangkar burung… kecil, jadi saya cadangkan dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) nanti rumah yang selesa dengan rumah yang disediakan lebih besar sikit, katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Kumpulan B40 terdiri daripada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan memperoleh RM3,000 bulanan ke bawah.

“Bilik, ruang tamu dan koridor mestilah selesa. Kemudahan yang lengkap seperti tempat riadah, surau, dewan, perpustakaan, semua ini kena lengkap untuk mereka supaya ada ruang untuk berekreasi dan rehatkan minda dalam kelompok sendiri tanpa perlu pergi jauh. Kita mahu mereka rasa selesa dengan persekitaran mereka dan komuniti akan sentiasa berkomunikasi dalam kelompok sendiri,” katanya.

Zuraida berkata Dasar Komuniti Negara yang akan menjadi rujukan dalam menyelesaikan isu pembangunan komuniti setempat.

“Dasar Komuniti Negara ini akan menggariskan panduan, pelan tindakan dan menyenaraikan program-program yang perlu dilaksanakan oleh jabatan dan agensi terlibat dalam usaha membudayakan komuniti setempat,” katanya.

Beliaiu berkata dasar ini penting untuk membina sebuah negara maju, yang berdasarkan mentaliti rakyat, cara mereka menguruskan hidup dan persekitaran yang akan melambangkan sesebuah negara itu progresif dan matang.

Langkah yang digariskan dalam dasar itu akan dilaksanakan bermula di kawasan perumahan di bawah seliaan KPKT dan diikuti oleh sektor dan agensi lain, katanya. – BERNAMA

Tags: Zuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd