• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada ADUN Dipinggir Daripada Peruntukan DUN

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu memberi jaminan bahawa semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada parti pembangkang Barisan Nasional (BN) akan diberikan peruntukan DUN untuk pembangunan di kawasan masing-masing.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peruntukan itu diberi mengikut keperluan DUN masing-masing terutama yang mempunyai keperluan mendesak setelah penyesuaian semula kewangan dilakukan.

“Tiada DUN yang dipinggirkan daripada menerima peruntukan tersebut dan kita akan pertimbangkan pemberian itu mengikut keperluan dan perbelanjaan di kawasan masing-masing.

“Sebagai contoh, jika di kawasan itu memerlukan peruntukan untuk membaiki rumah rakyat, kita akan dahulukan dan begitu juga kegunaan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ladang di sini, hari ini. Turut hadir ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

Ahmad Samsuri sebelum ini mendedahkan bahawa kerajaan negeri terpaksa melaksanakan catuan kewangan dengan memberi keutamaan kepada ADUN PAS kerana peruntukan wakil rakyat BN yang sepatutnya dibelanjakan dari Januari hingga Disember telah habis digunakan pada April iaitu waktu pilihan raya umum lepas.

Ditanya jika tindakan akan diambil terhadap ADUN berkenaan, Ahmad Samsuri berkata ia bukan masa untuk kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap mereka.

“Tiada tindakan dikenakan sebab ini untuk kepentingan rakyat… kita ada enam bulan lagi untuk mencari sumber kewangan bagi setiap DUN. Kita boleh lakukan sebab kita mempunyai akaun berbeza-beza,kalau satu akaun kosong tidak bermakna kita tidak boleh buat apa-apa,” katanya.

Ahmad Samsuri dalam pada itu mengalu-alukan peruntukan RM100,000 yang diberikan kepada Anggota Parlimen daripada pembangkang seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

“Cuma mekanisme penggunaan peruntukan itu belum diperincikan…untuk kegunaan apa dan cara ia akan digunakan. Semuanya akan diperincikan oleh pihak Perbendaharaan kelak,” katanya. – BERNAMA

Tags: adunMB TERENGGANU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd