• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Rancang Hantar Durian Ke Orbit

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kerajaan Thailand merancang untuk menghantar durian ke orbit di angkasa dalam cubaan menguji daya ketahanannya, lapor laman berita Channel NewsAsia (CNA).

Projek unik julung kali tersebut bakal menyaksikan ‘Raja Buah’ dinikmati dalam keadaan tanpa tarikan graviti.

“Kami mahu angkasawan boleh menikmati makanan Thailand, pada masa depan. Kami mahu melihat perubahan fizikal terhadap buah ini apabila ia kembali ke Bumi.

“Mungkin ia akan berubah menjadi lebih kecil atau merekah,” kata jurucakap Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik (GISTDA) Thailand.

Buah itu digemari di seluruh rantau Asia serta terkenal dengan popularitinya dan ada juga yang tidak menyukai baunya sehingga durian diharamkan dalam bilik hotel, lif dan kabin kapal terbang.

Reputasi bau buah itu menimbulkan persoalan sama ada ia akan diterima dalam ruang terhadap kapal angkasa.

Ujian itu dijalankan dengan sebuah pertubuhan yang tidak dinamakan. Buah itu akan dikeringkan dan ditutup dengan vakum yang tidak akan begitu mengeluarkan bau.

Pelancaran ujian itu ke angkasa dijadualkan pada Julai depan. Beberapa bungkusan durian akan ditutup, diletakkan dalam kotak dan dihantar ke angkasa selama lima minit.

Malahan beberapa jenis beras Thailand turut dihantar untuk tujuan yang sama. – Agensi/ CNA/BH ONLINE

Tags: DURIANThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd