• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tech 3 Sambung Kontrak Hafizh Syahrin Musim Depan

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kontrak pelumba Motogp pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah bersama pasukan Tech 3 disambung setahun lagi bagi musim 2019.

Berita baik itu diterima selepas pasukan Tech 3 mengumumkan mereka akan menggunakan jentera KTM selepas Yamaha menarik penajaan untuk perlumbaan musim hadapan.

“Alhamdulillah…syukur kepada rezeki yang saya dapat untuk 2019. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Herve (Poncharal) dan Datuk Razlan (Razali) serta keluarga dan peminat yang sentiasa menyokong saya selama ini.

“Mungkin sebelum ini, orang kata saya datang (dalam Motogp) dari segi peluang ataupun tidak mampu buat yang terbaik dalam Motogp.

“Untuk menuju musim 2019, saya perlu terus buat yang terbaik dalam musim 2018 dan muncul sebagai pelumba rookie utamae musim ini,” katanya dalam rakaman suara menerusi Whatsapp hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali mengucapkan terima kasih kepada Poncharal (pemilik pasukan) yang memberi kepercayaan semula kepada pelumba berusia 24 tahun itu untuk musim depan.

“Saya percaya kita telah membuat keputusan yang baik yang membolehkan Hafizh bersaing setahun lagi dalam saingan Motogp. Sudah pasti, kami akan berusaha untuk tahun akan datang bagi memastikan Hafizh sentiasa berada dalam kategori Motogp.

“Saya percaya KTM dan Tech 3 akan buat yang terbaik untuk jentera mereka tahun depan berbanding jentera Yamah yang digunakan oleh Hafizh musim ini.

“Saya bangga dengan usaha Hafizh yang sentiasa bekerja keras, berdisiplin dan fokus untuk buat yang terbaik. Ini adalah salah satu contoh yang boleh dilihat oleh pelumba muda negara yang menjadikan Hafizh sebagai idola mereka,” katanya.

Hafizh kini menghuni tangga ke-16 daripada 25 pelumba MotoGP dengan mengumpul 17 mata dari enam daripada 19 pusingan musim ini. – BERNAMA

Tags: Hafizh Syahrin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MotoGP: Binder Ganti Hafizh Syahrin, Musim Hadapan

11/07/2019
0

PELUMBA dari Afrika Selatan, Brad Binder sah menggantikan posisi Hafizh Syahrin dalam pasukan Red Bull KTM Tech 3 dalam saingan...

MotoGP: Litar Kering Pilihan Hafizh Di Sepang

31/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengharapkan keadaan litar yang kering di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd