• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tayar Pancit Pecah Rahsia 4 Pencuri Kerbau

oleh AK-47
02/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CUBAAN empat lelaki mencuri kerbau dengan menyumbatnya di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) gagal selepas tayar kenderaan itu pancit di sebuah ladang di Batu Puteh, Kulim, Kedah hari ini.

Kejadian itu disedari pada 8.30 pagi oleh seorang lelaki yang kebetulan melalui jalan terbabit untuk ke kebunnya dengan motosikal.

Menurut sumber, lelaki terbabit mula curiga apabila mendapati kenderaan terbabit tetap meneruskan perjalanan walaupun tayar belakang pancit.

“Namun sebaik tiba di satu kawasan tiba-tiba kenderaan itu berhenti di tepi jalan sebelum empat lelaki keluar dan terus melarikan diri ke ladang kelapa sawit berhampiran.

“Pelik melihat kejadian itu, lelaki terbabit kemudian menghampirinya dan terkejut melihat kerbau dalam keadaan lali di tempat duduk penumpang belakang,” katanya.

Sumber berkata, dia kemudian memaklumkan kepada orang kampung yang kemudian menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang mengesan pemilik kenderaan itu untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini, kita belum menerima laporan polis berhubung kehilangan haiwan ternakan mereka,” katanya. – myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: MPVpencuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial apabila beberapa wanita dipercayai tetamu sebuah majlis dilihat ‘merembat’ bunga hiasan yang sepatutnya...

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd