• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanda Hargai Bakti Pasukan Keselamatan

oleh AK-47
06/06/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sumbangan #HMKotakRezeki yang diberikan di seluruh negara kepada pasukan keselamatan adalah tanda menghargai pengorbanan anggota terbabit bertugas tanpa mengira masa demi menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Di Johor Bahru, sumbangan #HMKotakRezeki diberikan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) memudahkan anggota polis berbuka puasa ketika mereka bertugas pada
waktu berbuka.

Ketua Polis Daerah JBU, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata seperti biasa, anggota akan ditugaskan menjaga keselamatan awam termasuk melakukan rondaan dan menjaga kelancaran lalu lintas walaupun ketika waktu berbuka.

“Saya berterima kasih kepada Harian Metro (HM) kerana memberi sumbangan Kotak Rezeki ini kepada anggota IPD JBU yang ramai tidak dapat balik berbuka puasa bersama keluarga kerana mereka perlu membuat rondaan dan menjaga lalu lintas.

“Jadi, sumbangan ini dapat membantu mereka berbuka puasa dengan mudah,” katanya ketika menerima kunjungan HM ke IPD JBU bagi penyerahan #HMKotakRezeki di sini.

Sebanyak 100 #HMKotakRezeki disampaikan Ketua Biro The New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP) Johor, Junita Mat Rasid kepada Mohd Taib bersama pegawai kanan dan anggota IPD JBU.

Sementara itu, di Bukit Mertajam, sumbangan #HMKotakRezeki diterima Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) diagihkan kepada anggota yang bertugas pada waktu berbuka termasuk mereka yang mengawal lalu lintas jalan raya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kebanyakan pegawai dan anggotanya bertugas ketika waktu berbuka termasuk anggota trafik yang perlu menjaga lalu lintas.

“Anggota polis yang bertugas akan diberikan Kotak Rezeki ini bagi memudahkan mereka berbuka puasa kerana ada makanan dan minuman,” katanya.

Turut diagihkan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis membabitkan 200 kotak yang diberi kepada anggota agensi penyelamat di negeri berkenaan.

Penyerahan #HMKotakRezeki itu disampaikan wakil NSTP Kedah/Perlis, Aizat Sharif kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Perlis, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohd Fadzil Haroon di Ibu Pejabat JBPM Perlis di sini, semalam.

Tidak ketinggalan di Pantai Timur sebanyak 30 kotak masing-masing diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris dan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi sebagai menghargai pergorbanan agensi penguat kuasa yang bertugas tanpa mengira masa.

Sementara di Pahang, sumbangan sebanyak 200 #HMKotakRezeki turut diserahkan kepada anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, berkata sumbangan itu sangat bermakna buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya warga IPK Pahang kerana juadah itu boleh dimakan ketika bertugas selepas masuk waktu berbuka puasa.

Penaja bersama program #HMKotakRezeki 2018 antaranya AffinBank Group dan Pos Laju, bersama Watsons Malaysia, Nabati Food Malaysia Sdn. Bhd., Massimo by The Italian Baker, Kimball, Central Sugar Refinery (CSR) dan QNet International. – myMetro Online

Tags: pasukan keselamatansumbangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beckham Mahu Amerika Utara Hos Piala Dunia 2026

Next Post

Kastam Banteras Penyeludupan Mercun

Related Posts

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

25/05/2025
0

IPOH - Waris dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pada...

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

22/05/2024
1

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah Zainon Abidin bagi membantu meringankan...

Next Post

Kastam Banteras Penyeludupan Mercun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd