• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Manjakan Anak, Sarah Amal Konsep Sederhana

oleh
12/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sesetengah ibubapa akan membuat persiapan bersungguh-sungguh untuk anak-anak, penyanyi Siti Sarah pula berusaha untuk mengelak daripada menghabiskan banyak wang untuk persiapan raya kerana tidak mahu ketiga-tiga anak kecilnya terlampau dimanjakan.

Ia bukanlah satu sifat yang kedekut atau berkira kerana keluarga Sarah lebih selesa untuk bersederhana serta berbelanja hanya untuk keperluan bagi mengelakkan pembaziran di kemudian hari.

“Orang lain mungkin menyediakan beberapa pasang pakaian sedondon untuk digayakan sekeluarga, tetapi kami tidak mengamalkan tradisi itu. Mana-mana pakaian yang masih boleh dipakai dan muat, itulah baju raya kami sekeluarga.

“Bukan berkira, tetapi kami mahu mengamalkan kesederhanaan dan tidak terlalu bermewah-mewah untuk anak-anak,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Bagaimanapun, Sarah dan suami, Shuib lebih gemar untuk mengadakan jamuan makan-makan untuk disajikan kepada rakan-rakan dan saudara mara ketika 1 Syawal itu.

Cara itu merupakan tradisi mereka sekeluarga dengan menjamu tetamu yang hadir ke rumah kerana bagi mereka pintu rumah itu sentiasa terbuka.

“Sudah menjadi kebiasaan, saya dan suami suka menjamu tetamu. Pintu rumah kami sentiasa terbuka dan tradisi itu tetap kami teruskan pada raya nanti.

“Cuma, ketika ini, masih belum banyak persiapan yang dibuat memandangkan kami baru pulang menunaikan umrah. Saya hanya sempat membeli kuih raya yang dijual Bob AF dan Mark Adam.

“Mungkin kami akan pulang sekejap ke Johor Bahru untuk menziarahi saudara-mara sebelah suami, tetapi tidak bermalam. Tahun lalu, kami tidak beraya sangat.

“ini kerana Shuib menghidap demam campak. Jadi, sanak-saudara saya dan Shuib datang ke rumah kami untuk menziarahi,” ujarnya lagi.

Pada tahun ini, mereka sekeluarga bakal menyambul lebaran di ibu kota kerana kediaman mereka di Puchong, Selangor bakal menjadi tempat berkumpul di pagi raya.

Sebagai seorang isteri, Sarah pastinya akan menjadi individu yang paling sibuk sekali bagi menyediakan juadah untuk dinikmati antaranya ialah rendang, kerutuk, kuah kacang, lodeh, sambal sorong dan daging Bali.

Bagi Sarah, dia lebih gemar memasak sendiri kerana mahu tetamunya merasai juadah air tangannya sendiri.

“Saya lebih suka memasak sendiri kerana mahu tetamu merasai air tangan berbanding membuat tempahan katering. Shuib selalunya bantu menyediakan juadah yang perlu dibakar.

“Saya bersyukur suami tidak cerewet soal makanan. Apa yang dihidang, itu yang akan dijamah dengan penuh berselera,” tambahnya lagi.

Hasil perkahwinannya bersama Shuib, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ariq Matin, Dzakira Talita Zahra dan Uwais Al Qarni. – MNYNEWSHUB.CC/AH

Tags: NetizenSiti Sarah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PBB, PRS, PDP, SUPP Keluar BN, Bentuk GPS

Next Post

Sibuk Bisnes, Ifa Raziah Sambut Syawal Di Kota Singa

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Sibuk Bisnes, Ifa Raziah Sambut Syawal Di Kota Singa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd