• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tajul Nafi Kahwin, Mohon Netizen Tak Salah Faham

oleh
06/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja nama penyanyi, Tajul menjadi sebutan orang ramai gara-gara kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Difahamkan, Tajul menjadi bahan ‘umpatan’ netizen selepas tersebarnya sebuah rakaman memaparkan dia membeli-belah pakaian raya dengan seorang wanita menjadi perhatian.

Menerusi rakaman berkenaan, Tajul yang juga merupakan adik kepada kepada allahyarham Achik Spin menyebut perkataan ‘wife’ (isteri) merujuk kepada wanita yang bersama dengannya.

Ternyata perkara itu mengundang pelbagai terjemahan dan spekulasi dalam netizen malah ada yang menganggap penyanyi itu sudah mendirikan rumah tangga.

Enggan spekulasi itu terus bertebaran, Tajul menyangkal dakwaan kononnya dia sudah berkahwin dan berharap peminat tidak salah faham mengenai ketelanjurannya dalam berkata-kata.

Malah katanya lagi, panggilan ‘wife’ tersebut hanyalah sekadar gurauan untuk mengambil hati wanita yang dikenali sebagai Nurul Syamieza Eddie itu.

“Saya sedar itu salah saya (mengaku sudah beristeri), sebenarnya saya sengaja memanggil teman wanita sebagai isteri untuk ambil hati. Tak sangka pula perkara ini menjadi isu besar.

“Saya minta maaf kerana salah cakap, saya memang belum lagi berkahwin,” kata Tajul yang dipetik portal mStar Online.

Dalam perkembangan lain, Tajul menerusi InstaStory miliknya turut meminta agar netizen menjaga pertuturan terutamanya ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

Tanpa mendedahkan siapa gerangan pihak yang diperkatakan, Tajul turut meminta pihak terbabit menjaga hal masing-masing selain menghormati antara satu sama lain.

“Mulut longkang ramai betul bulan puasa ni. Syaitan dah kena ikat dah. Sayangilah mulut anda, tak pasal-pasal je kau terjamah benda yang tak patut kau jamah der. 

“Jaga hal sendiri dah. Nak cakap kau besar, aku pun hidup bukannya sebatang kera. Tapi kita ada undang-undang.

“Tak perlu angkat lu punya baju tinggi-tinggi. Sedih. Hormat satu sama lain, tu pun dah cukulah brader. Assalamualaikum,” katanya.

Memetik sumber, difahamkan entri berkenaan mempunyai kaitan dengan gosip yang sedang melanda dirinya pada ketika ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Tajul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persembahan Tajul Hambar Kerana Juri & Penonton Bersorak

28/08/2018
0

SHAH ALAM - Penyanyi Tajul Arif memberitahu sikap pemalu dan gemuruh dalam dirinya menjadi punca persembahannya di pentas Big Stage...

Seorang Lagi Adik Achik Spin Tarik Perhatian Netizen

09/03/2018
0

SEPERTI yang kita ketahui, darah seni yang mengalir dalam keluarga bekas vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Achik Spin masih mewarnai industri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd