• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Harapan Sudah Kutip Lebih RM35 Juta

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tabung Harapan Malaysia, yang dilancarkan pada 30 Mei, mengutip sebanyak RM35.772,017.10 juta sehingga 3 petang, hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata maklum balas yang sangat mengalakkan dan sokongan berterusan rakyat Malaysia yang menderma bagi membantu mengurangkan hutang negara sebanyak RM1 trilion, mencerminkan kecintaan kepada negara dan patriotisme

Beliau memberi jaminan bahawa wang yang dikutip itu akan digunakan hanya untuk mengurangkan hutang kerajaan dan bukan untuk tujuan lain.

“Rakyat memberikan kepercayaan kepada kita dan menderma untuk mengurangkan hutang. Justeru jika kita melabur (untuk tujuan lain) kita akan memecahkan kepercayaan mereka. Kita akan patuh dan memenuhi tujuan asal dana berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menerima cek sebanyak RM3 juta daripada Matrix Concepts Holdings Bhd. sebagai sumbangan untuk dana berkenaan di kementeriannya di sini, hari ini.

RM3 juta itu adalah sebahagian daripada RM5 juta yang diikrar pemaju hartanah berpangkalan di Seremban itu untuk Tabung Harapan.

Dana berkenaan disasarkan untuk membayar hutang dan liabiliti kerajaan Persekutuan berjumlah kira-kira RM1.087 trilion – mewakili 80.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar 2017.

Menurut Lim, kementeriannya akan memastikan juruaudit luar yang akan dilantik untuk Tabung Harapan melaksanakan kerja mereka sepertimana perlu dan telus.

“Proses pelantikan sedang berjalan. Setakat ini tiada sesen pun yang dikeluarkan dari Tabung Harapan. Kami memberi jaminan kepada rakyat bahawa dana berkenaan akan digunakan untuk tujuan yang betul. Kami melaksanakan dengan ketat prosedur operasi standard dalaman kementerian,” katanya.

Ditanya jika juruaduit luar akan melaksanakan tugas audit dengan percuma berdasarkan niat baik, Lim berterima kasih kepada pemberita atas cadangan itu dan berkata akan melihat perkara itu.

“Jika ada firma yang ingin bersama kita sebagai niat baik, kita tidak perlu membuka tender kepada mana-mana firma audit untuk ini,” katanya dan menambah audit Tabung Harapan adalah satu tugas yang mudah.

Ditanya jika Matrix Concept mempunyai perjanjian dengan kerajaan Persekutuan kerana ia sanggup menderma RM5 juta, Lim berkata, tiada ikatan antara syarikat berkenaan dengan kerajaan Persekutuan dan sumbangan itu diberikan atas niat baik syarikat berkenaan.

Berhubung soalan lain, Lim berkata, kerajaan tiada cadangan untuk menambat ringgit dan enggan menjelaskan peruntukan kepada kementerian yang berkenaan berhubung rang undang-undang perbekalan tambahan yang akan dibentangkan di Parlimen.

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat pada 5 petang dengan ringgit adalah 3.9720/9750 berbanding dolar berbanding 3.9700/9740 pada penutup Isnin.

Sementara itu, Pengarah Urusan Matrix Concept, Datuk Lee Tian Hock, berkata RM3 juta yang disumbangkan hari ini adalah dibawah program tanggungjawab sosial syarikat sementara baki RM2 juta akan disumbangkan selepas syarikat itu mengutip sumbangan daripada sekutunya dan kontraktor. – BERNAMA

Tags: Tabung Harapan Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Akaun Putuskan Guna Wang THM

07/02/2019
0

PUTRAJAYA - Sebuah Jawatankuasa Akaun yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd. Zahir akan memutuskan penggunaan wang Tabung...

Kerajaan Amat Hargai Sumbangan Rakyat Kepada Tabung Harapan

23/12/2018
0

PUTRAJAYA - Menjelang penutupan rasmi Tabung Harapan Malaysia (THM) yang berkuatkuasa pada 31 Disember 2018, kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd