• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Besar, Korporat Digesa Segera Tunai Zakat

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menggesa lebih banyak syarikat besar dan korporat yang mempunyai pelaburan serta urus niaga di negeri ini supaya segera menunaikan tanggungjawab membayar zakat.

Tengku Abdullah bertitah kutipan zakat yang diterima itu amat penting bagi membolehkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) membantu meringankan bebanan dan memberikan keselesaan kepada golongan asnaf, pelajar miskin serta fakir di negeri ini.

“Pada tahun ini kita menjangkakan kutipan zakat harta akan meningkat kepada RM130 juta dengan 85,000 pembayar zakat berbanding RM126.6 juta dengan 83,168 pembayar zakat pada tahun lepas.

“Sehingga 31 Mei lepas kita telah berjaya mengutip sebanyak RM50.5 juta dengan 70,623 pembayar zakat,” titah baginda selepas Majlis Penerimaan Zakat Perniagaan Koporat di Istana Abdulaziz di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Abdul Wahid Wan Hassan.

Pada majlis berkenaan baginda menerima zakat berjumlah RM3.69 juta daripada enam syarikat korporat iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia berjumlah RM1.32 juta yang disampaikan oleh Pegawai Operasi Perbankan, Datuk Asmuni Sudin; Tenaga Nasional Berhad (RM1 juta) disampaikan oleh Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan, Datuk Sharuddin Mohd Simin.

Zakat daripada Maybank Islamic Berhad (RM864,241) pula diserahkan oleh Pengarah Wilayah Pahang, Abd Razak Kamardin; Fomema Sdn. Bhd. (RM168,178) disampaikan oleh Pengarahnya, Tengku Abu Bakar Tengku Abdullah; Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) (RM148,632) diserahkan oleh Timbalan Presidennya, Mutadho Bahri dan Celcom Axiata (M) Berhad (RM113,151) oleh Ketua Perhubungan Kerajaan, Areehan Abdullah.

Sementara itu Wan Abdul Wahid berkata terdapat lebih 30 syarikat besar yang mempunyai pelaburan di negeri ini termasuk dalam sektor perladangan gagal tampil untuk membayar zakat sejak sekian lama.

“Walaupun mempunyai kawasan ladang yang luas di negeri ini, namun syarikat-syarikat ini dikesan telah lama tidak membayar zakat walaupun pihak MUIP sendiri telah beberapa kali menghubungi mereka.

“Sehubungan itu kita mengharapkan syarikat yang berkenaan supaya segera tampil berbuat demikian untuk mengelak dikenakan sebarang tindakan undang-undang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tengku Abdullah Sultan Ahmad ShahZakat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Perlu Tubuh Agensi Usahawan Bumiputera

Next Post

RM5.6 Bilion ‘Hangus’ Di Bursa Sebulan PH Berkuasa!

Related Posts

Bakal Pengantin Mengaku Salah Rogol Gadis Bawah Umur

Polis Teruskan Siasatan Suami Isteri Disyaki Seleweng Wang Zakat RM9.62 Juta

15/01/2024
0

Ipoh: Polis masih meneruskan siasatan kes suami isteri yang disyaki menyeleweng wang kutipan zakat berjumlah RM9.62 juta biarpun mereka sudah...

MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta

MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta

05/07/2022
0

IPOH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima penyerahan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM11,875,079 daripada 10 syarikat korporat...

Next Post

RM5.6 Bilion 'Hangus' Di Bursa Sebulan PH Berkuasa!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd