Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

JDT Terus Terajui Kedudukan...

KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), mengutip tiga mata...

Mancini Minat Pancing Kapten...

LONDON - Pengurus baharu Inter Milan, Roberto Mancini dikatakan sudah bersedia menawarkan kontrak...

Serangan Israel Perbuatan Biadap,...

PUTRAJAYA - Malaysia menyifatkan serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza semalam yang...

Perlu Miliki Integriti Tinggi...

PARIT - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan siswazah supaya mempunyai...

Sweet Qismina Tiada Niat Aktif Bidang Seni Suara

PELAKON sedang meningkat naik, Sweet Qismina memberitahu bahawa dia tiada langsung niat untuk bergiat aktif bidang seni suara.

Katanya, meskipun nyanyiannya bersama penyanyi, As’ad Motawh menerusi lagu Seloka Hari Raya mendapat pujian netizen, namun ia sekadar suka-suka bagi mempromosikan telefilem lakonan mereka berdua sahaja.

“Saya tidak ada niat bergiat aktif dalam bidang nyanyian mahupun terfikir menghasilkan single sendiri.

“Klip video saya dan As’ad menyanyikan Seloka Hari Raya itu hanya sekadar mempromosikan telefilem lakonan kami berdua berjudul Batang Buruk Lesung Batu yang akan ditayangkan pada 17 Jun ini,” kata Sweet dipetik Harian Metro.

Pun begitu, Sweet sama sekali tidak menyangka video yang dimuat naik menerusi YouTube itu mencecah lebih 500,000 tontonan sejak lima hari lalu dan mengucapkan terima kasih atas pujian ramai.


Dalam pada itu, Sweet berkata dia sedar kredibiliti yang ada pada dirinya yang mana masih tidak cukup untuk menjadikan dia seorang penyanyi yang baik.

Sebaliknya, dia kini hanya ingin menumpukan perhatian kepada pada bidang lakonan dan pengacaraan sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Kategori