• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Tidak Adakan Rumah Terbuka

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan dukacita kerana tidak dapat mengadakan majlis rumah terbuka bersempena Aidilfitri tahun ini.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata ini disebabkan Sultan Johor dan keluarga diraja masih berkabung bagi menghormati kemangkatan bonda baginda Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah pada 1 Jun lepas.

“Sultan Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Bangsa Johor.

“Duli Yang Maha Mulia tuanku amat terharu dan dukacita tidak dapat mengadakan majlis rumah terbuka bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disebabkan tuanku dan keluarga diraja masih berkabung bagi menghormati kembalinya ke Rahmatullah paduka bonda Tuanku yang dikasihi Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom, pada 1 Jun yang lalu,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata adalah menjadi tradisi bagi Sultan Johor dan keluarga diraja untuk beramah mesra dan bercampur gaul dengan rakyat dalam majlis perjumpaan rumah terbuka Hari Raya.

“Bagaimanapun, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, perjumpaan itu tidak dapat diadakan pada tahun ini dan Insya-Allah majlis seperti itu akan diadakan pada tahun-tahun hadapan,” katanya.

“Duli Yang Maha Mulia Tuanku berharap rakyat memahami perkara ini. Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan keluarga diraja berdoa kehadrat Allah SWT barang apalah dikurniakan kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan rakyat sekalian, Amin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd