• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Dukacita Ada Melayu Hasut Benci Raja

oleh
10/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Sultan Selangor menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan pihak tertentu secara terbuka hina serta perlekeh institusi beraja bagi hasut dan pengaruhi rakyat benci Raja Melayu.

Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah, paling mendukacitakan baginda adalah apabila hasutan berbaur biadab supaya masyarakat tempatan bangkit membenci sistem raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri.

“Peranan institusi raja adalah bagi memelihara dan mempertahankan kedudukan orang Melayu dan agama Islam serta kaum-kaum lain di negara ini. Penularan budaya ini dalam kalangan pihak tertentu harus dihentikan.

“Ia agar rakyat tidak terus dihasut supaya benci Raja Melayu sehingga mengakibatkan taat setia rakyat terhakis,” titah baginda pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan hari raya, semalam.

Pada majlis itu, Sultan Selangor berkenan merasmikan Masjid Al-Falah di Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam. Turut berangkat ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Tegas Sultan Sharafuddin, institusi raja berperanan dalam sistem raja berpelembagaan yang diamalkan di negara ini malahan ia sentiasa mendukung prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, baginda menyeru semua orang Melayu khususnya di seluruh Selangor supaya mengelak perbalahan sesama sendiri yang boleh membawa kepada perpecahan sehingga memberi imej buruk kepada agama Islam.

Sultan Sharafuddin mahu semua umat Islam supaya berbaik sangka, bersatu padu, bertolak ansur dan sentiasa bersedia memaafkan serta bantu antara satu sama lain seperti ajaran agama yang mengutamakan nilai positif.

“Rakyat juga perlu membantu dan menyumbang untuk kemajuan negeri dan negara. Jangan hanya mengkritik, mencaci, mengecam dan mencela terutamanya di media sosial kerana ia bukan sahaja menyakiti hati orang lain.

“Tetapi akan memberikan kesan negatif kepada rakyat serta pembangunan negara,” titah baginda sambil menyeru seluruh rakyat negeri itu supaya terus bersatu padu dan mengukuhkan keharmonian sesama masyarakat.

Ia wajar dilakukan tanpa sesiapa mengira latar belakang pangkat, darjat, usia, bangsa dan agama selain melaksanakan pelbagai langkah meningkatkan taraf ekonomi termasuk berhemah dalam berbelanja seharian.

Sementara itu, sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan, Sultan Selangor turut menasihatkan seluruh rakyat negeri tersebut supaya sentiasa berhati-hati dan berhemah semasa memandu di jalan raya.

Hadir sama ialah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang juga merupakan Anggota Parlimen Kota Raja dan Presiden PAN. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Institusi DirajaSultan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Patik percaya kelima-lima prinsip ini (Rukun Negara) tidak boleh difahami secara terpilih, tetapi perlu dihayati secara menyeluruh...

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan titah Duli Selangor melibatkan pemimpin DAP sebagai sangat jelas dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd