• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Pilu Hilang Isteri, Tiga Anak Sekelip Mata

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, jadi hambar bagi seorang peniaga kedai runcit apabila empat insan yang disayangi termasuk isteri tercinta hilang dalam sekelip mata setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 161 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pagi tadi.

Bagi Mazlan Mohd Rashid, 54, walaupun perit untuk diterima, namun dia terpaksa reda dengan takdir, sambil berdoa agar roh isteri dan tiga anaknya ditempatkan bersama orang beriman.

Mazlan yang ditemui di luar Unit Forensik Hospital Jengka di sini berkata isteri dan lima anaknya bertolak ke Kuala Lumpur pada Jumaat lalu membeli barangan keperluan untuk persiapan sempena Syawal.

Baca: Empat Maut, Dua Parah Kereta Terbabas Di LPT1

“Kali terakhir isteri menghubunginya pada jam 11 malam tadi ketika mereka baru hendak bertolak pulang ke rumah di Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baru, dekat Kemaman, selepas selesai membeli belah.

“Saya difahamkan mereka juga ada singgah di Genting Highlands dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R)Temerloh sebelum kemalangan itu,” katanya yang kelihatan tenang ketika ditemui pemberita.

Mazlan tidak mampu menahan rasa sedih apabila saudara mara dan sahabat taulan tidak putus-putus menziarahinya di Unit Forensik untuk menyampaikan ucapan takziah. Suasana di situ sesekali bertukar hiba.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi tadi, isteri Mazlan, Azian Abdullah, 50; dan anak-anaknya Fatin Najwa, 27; Fatin Nur Adriana, 15; dan Mohamad Danish Najmi, 10, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka sekeluarga terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan.

Mazlan berkata, dua lagi anaknya iaitu Mohd Shahrul Ikhram, 20; dan Fatin Nur Athirah, 19, turut cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.

“Anak sulung saya (Fatin Najwa) baharu tamat pengajian di sebuah universiti swasta dalam bidang kejuruteraan dan dia dalam perancangan untuk memulakan kerjayanya,

“Anak bongsu saya (Mohamad Danish Najmi) sebelum pergi ada berpesan supaya menjaga kucingnya dan memberi makan. Saya tidak akan lupakan permintaannya,” katanya.

Mazlan berkata, kesemua mereka akan dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Bandar Baru Cheneh, Kemaman hari ini selepas selesai proses bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd