• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Mahu Penduduk Labuan Bekerjasama

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta penduduk Labuan untuk bekerjasama dengan suruhanjaya itu bagi membanteras rasuah dan menjadikan Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia itu sebuah kawasan persekutuan bebas rasuah.

Pengarah SPRM Labuan Penolong Pesuruhjaya Abdulamin Abdillah berkata usaha memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukan tugas suruhanjaya semata-mata malah harus disokong oleh semua lapisan masyarakat.

“Kita mesti mempunyai kecenderungan untuk membenci dan menolak rasuah, paling penting, orang ramai harus bekerjasama dengan SPRM untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya kepada Bernama.

Abdulamin berkata suruhanjaya itu menghargai sokongan rakyat tanpa mengira usia, kaum dan agama kerana “rasuah merugikan semua lapisan masyarakat”.

“Jika seseorang tidak melaporkan amalan rasuah, secara pasifnya, mereka menggalakkan rasuah dan membenarkan rasuah berlaku dengan bebas. Wang dan sumber cukai yang bertujuan bagi membina negara dibazirkan atau diambil untuk kepentingan peribadi dan ia perlu dihentikan dengan segera,” katanya.

“Kes-kes rasuah yang berkaitan dengan pengubahan hasil kerajaan, menghalang kutipan hasil, menimbulkan kerugian kepada kerajaan dan melaksanakan projek pembangunan tanpa mematuhi peraturan mesti ditangani dengan berkesan,” katanya. – BERNAMA

Tags: LabuanSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd