• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidek Hassan Akan Letak Jawatan Pengerusi Petronas

oleh AK-47
06/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dilaporkan akan meletak jawatan dalam masa terdekat, demikian menurut laporan akhbar The Edge, hari ini.

Memetik sumber, akhbar perniagaan tempatan itu melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Ganjaran Petronas, Datuk Mohd Omar Mustapha juga dijangka meletak jawatannya.

Katanya, disebabkan kemungkinan itu, timbul persoalan sama ada bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican akan kembali ke syarikat minyak nasional berkenaan.

Mohd. Hassan adalah salah seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan dan juga Pengerusi Sembcorp Marine Ltd. serta Penasihat Antarabangsa Kanan di Penasihat Antarbangsa Temasek.

Akhbar itu melaporkan Mohd. Sidek, 67, dan Mohd. Omar, 47, mula menyertai Petronas semasa Mohd. Hassan sudah meninggalkan syarikat tersebut pada Februari 2010.

Mohd Sidek juga ialah pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dilantik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk siasat kerugian pertukaran asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990-an.

Laporan RCI diserahkan kepada Parlimen pada November tahun lalu, menyimpulkan terdapat elemen maklumat dan fakta tersembunyi berkaitan kerugian forex dialami BNM dan kenyataan mengelirukan diberi kepada Kabinet, Parlimen dan awam.

Laporan itu menyatakan BNM mengalami kerugian RM31.5 bilion antara 1992 dan 1994. Jawatankuasa berkenaan mencadangkan supaya pihak polis membuka siasatan.

Ini untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur pecah amanah dan penipuan oleh pihak tertentu, termasuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Sidek dilantik sebagai Pengerusi Petronas sejak 1 Julai 2012 manakala Omar memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Ganjaran sejak 2015 dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas syarikat sejak 15 September 2009. – BH Online

Tags: letak jawatanTan Sri Mohd Sidek Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan. Beliau...

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

30/12/2025
0

SEREMBAN: Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama disusuli teraju gabungan itu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd