• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Jika Berlaku Peningkatan Harga Barangan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kerajaan negeri meminta pihak berkuasa serta badan pemantau harga barangan di Sabah supaya menyiasat jika masih berlaku peningkatan harga barang di negeri ini meskipun cukai barang dan perkhidmatan (GST) sudah ditetapkan berkadar sifar mulai 1 Jun lepas.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata arahan itu bagi menangani masalah manipulasi harga barangan dengan terkawal dan segera.

“GST yang enam peratus itu sudah tiada, kalau ada peningkatan kena siasat. Kita minta supaya agensi sedia ada seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang memiliki pegawai penguatkuasa untuk bantu menangani perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Pengarah Hospital Besar Tawau, Dr. Azman Ibrahim di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata langkah menghapus GST itu antara janji manifesto kerajaan pusat dan Sabah menyerahkan tindakan lanjut kerajaan pusat bagi menangani isu GST sehingga peringkat negeri.

Sementara itu, Mohd Shafie mahu semua menteri kabinet negeri yang dilantik supaya turun padang bagi memastikan keperluan rakyat diketahui.

“Jangan lupa dengan rakyat, saya tidak mahu mereka (menteri) berada di pejabat setiap bulan, setiap minggu dan mereka perlu turun ke bawah berjumpa rakyat.

“Jangan mereka ini hanya mendengar cadangan (misalnya) buat jalan, siasat sama ada jalan itu diperlukan, siasat sama ada perubatan cukup atau tidak cukup kena turun periksa, jangan hanya kita dengar melalui WhatsApp,” katanya.

Menurutnya ketua-ketua jabatan juga perlu menggalas tanggungjawab sama dan turun gelanggang mengetahui kepentingan rakyat.

“Jangan hanya datang surat ke pejabat kita dan kita hanya menguruskan surat tersebut (tanpa periksa),” katanya yang akan turut melakukan lawatan mengejut ke banyak kawasan di Sabah ini. – BERNAMA

Tags: Harga BarangShafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd