• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Digesa Teruskan Agenda Tuntut Hak Sabah

oleh AK-47
12/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal digesa supaya meneruskan perjuangan menuntut kembali hak Sabah menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata, isu berhubung perkara itu sudah dibincangkan sebelum penutupan persidangan DUN lalu dan diharap dapat direalisasikan.

Katanya, MA63 amat penting untuk Sabah dan ia perlu dikembalikan kepada rakyat Sabah.

“Saya menaruh harapan tinggi supaya kerajaan negeri akan meneruskan perjuangan ini untuk Sabah.

“Hari ini, ada tiga kementerian baharu diwujudkan bagi memenuhi isi kandungan dalam MA63. Syabas dan tahniah, itu adalah kehendak dan harapan rakyat Sabah,” katanya dalam ucapan ringkas ketika memulakan persidangan khas DUN Sabah, hari ini.

Tiga kementerian terbabit ialah Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri; Kementerian Pelajaran dan Inovasi; Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Rakyat.

Syed Abas turut mengucapkan tahniah kepada semua ADUN yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan berharap mereka dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Katanya, walaupun sebilangan besar ADUN adalah muka baharu dari kalangan pelbagai lapisan masyarakat, beliau percaya gandingan baharu dan lama akan dapat memberikan yang terbaik untuk negeri itu.

“Saya berharap Yang Berhormat semua dapat mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan pembentangan dengan tertib selaras peraturan DUN supaya persidangan dapat dijalankan dengan teratur dan lancar,” katanya. – myMetro Online

Tags: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Warisan Mungkin Tanding Solo PRN Johor

16/02/2022
0

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membayangkan parti itu mungkin bertanding solo dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd