• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seramai 45 ADUN Kelantan Angkat Sumpah Khamis Ini

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kesemua 45 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan, yang menang bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas akan mengangkat sumpah pada Khamis (28 Jun) ini.

Ia merangkumi 37 ADUN dari PAS dan lapan ADUN dari Barisan Nasional (BN).

Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan turut akan dilantik pada majlis angkat sumpah itu yang akan diadakan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Bagaimanapun, majlis angkat sumpah berkenaan tidak akan dihadiri oleh Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra.

Sidang DUN Kelantan bagi penggal pertama akan berlangsung pada 23 Julai ini selama tiga hari dan akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan.

Pada PRU14 lepas, PAS melebarkan jumlah kerusi yang dimenangi kepada 37 berbanding 32 yang dimenanginya pada PRU13 di DUN dengan 45 kerusi itu.

Parti lain yang bertanding seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), serta Amanah dari Pakatan Harapan serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon Bebas gagal mendapat sebarang kerusi.

Ia sekaligus menyaksikan tiada wakil rakyat sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen dari Pakatan Harapan yang kini membentuk kerajaan persekutuan, di negeri ini. – BERNAMA

Tags: angkat sumpahDun Kelantan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘UMNO Bangkit’ Retorik Jika Tiada Perubahan Total

Next Post

Jangan Ambil Mudah Dengan Maghribi – Hierro

Related Posts

Kamu Siapa Fahmi? Jangan celupar!

Keputusan Mahkamah Persekutuan Hanya Kerana DUN Kelantan Langkau Bidang Kuasanya – JKSM

11/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 pada Jumaat...

DUN Kelantan Pertahan Kuasa Negeri Gubal Kesalahan Hukum Syarak

DUN Kelantan Pertahan Kuasa Negeri Gubal Kesalahan Hukum Syarak

27/11/2023
0

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara mempertahankan kuasa dewan itu dalam menggubal kesalahan berkenaan hukum syarak termasuk Enakmen Kanun...

Next Post

Jangan Ambil Mudah Dengan Maghribi - Hierro

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd