Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

1MDB Bakal Ditutup Selepas...

KUALA LUMPUR - Syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) akan ditutup...

GPS Tidak Akan Sertai...

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan...

JKNS Pantau Peniaga Bazar...

SEREMBAN - Peniaga di bazar Ramadan seluruh negeri ini berdepan tindakan penguatkuasaan sekiranya...

Ismail Sabri, UMNO Dan...

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya mengakui anggota Kabinetnya daripada Perikatan Nasional (PN)...

Selaras Tugas Beberapa Kementerian

IPOH – Kementerian Sumber Manusia akan mengkaji keperluan untuk menyelaraskan beberapa kementerian untuk mengelakkan pertindihan tugas dalam mengendalikan institut latihan kemahiran.

Menterinya, M. Kulasegaran berkata perkara itu akan dibincangkan dengan kementerian yang berkaitan iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Pertindihan tugas ini harus dihentikan, kita harus mengkhusus, kita semua dalam satu keluarga (kementerian). Peruntukan yang disalurkan tidak harus dibazirkan dan inilah yang kami akan kaji,” katanya selepas melawat Institut Latihan Perindustrian Ipoh (ILP) di sini hari ini.

Beliau berkata institut latihan kemahiran tidak harus bersaing antara satu sama lain, tetapi sebaliknya dapat bersaing dengan pihak swasta atau negara lain untuk menjadi yang terbaik.

Selain itu beliau berkata institut latihan kemahiran juga mesti bekerjasama dengan pihak industri untuk membangunkan sumber manusia. – BERNAMA

Kategori